BISIK-BISIK

KERAJAAN mengambil langkah tepat dengan tidak mengharamkan novel SHIT tulisan Shahnon Ahmad. Harga buku itu kini jatuh kepada RM6 sahaja akibat tidak laku.

SHIT sebenarnya menarik perhatian umum hanya selepas akhbar menonjolkannya. Penonjolan itu dibuat kerana isinya yang menjijikkan tidak sesuai untuk bacaan umum.

Bagaimanapun penonjolan itu turut mencetuskan rasa ingin tahu orang ramai, membuat ia laris dan harganya naik dari RM15 hingga ke RM25.

Bahawa ia jatuh ke RM6 hari ini adalah bukti bahawa orang membeli bukan kerana kandungannya hebat, tetapi semata-mata kerana didorong rasa ingin tahu. Ramai yang tidak dapat menghabiskannya.

Khabarnya SHIT II akan terbit. Tidak mungkin orang ramai tertipu lagi.

Awang - Tengok kulit saja.


© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: online@utusan.com.my
1