Dr Yusuf
al-Qardawi |
Klik di sini untuk Laman Dr Yusuf al-Qaradawi
|
| |
Assalamu
alaikum warahmatullahi wabarakatuh
! Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu
terletak kira-kira 6.5 km dari pusat bandar Bintulu. Sesuai dengan
peranannya sebagai masjid pusat bagi Bagian Bintulu, Sarawak,
perjalanan para penduduk dan pengunjung ke sebahagian besar bandar
Bintulu biasanya akan melalui lokasi masjid ini. Pelbagai kegiatan
harian di Masjid Assyakirin, sama ada oleh pihak Masjid sendiri atau
pun anjuran bersama dengan badan-badan lain, telah memberi sumbangan
kepada masyarakat setempat dalam menyahur cabaran membina umat yang
berwawasan Khayra Ummah. Melalui
kerjasama pihak pengurusan & pentadbiran Masjid Assyakirin serta
kepimpinan masyarakat setempat fungsi masjid ikut berkembang dari
peranan terasnya sebagai tempat ibadah kepada pusat pelbagai
aktiviti kemasyarakatan. Di samping kuliah yang diadakan secara
rutin, kelas-kelas formal untuk mengaji al-Quran, Fardu Ain dan
Bahasa juga dikelola oleh pihak Masjid. Dari semasa ke semasa Masjid
Assyakirin menjadi tumpuan umat Islam untuk kegiatan ilmiah,
tarbiyah, riyadah dan
seumpamanya. Rekabentuknya yang boleh
digolongkan di antara yg terunik di negara ini telah menjadi daya
tarik para pengunjung yang ingin meninjau-ninjau di sekitarnya.
Konsep masjid dalam taman membuat para pengunjung bukan sahaja
berada di sebuah rumah ibadah ritual, tetapi juga memberi kesan
santai dan menyamankan. Kunjungilah Laman-laman Masjid untuk
maklumat yang lebih lanjut.
|
ADAB-ADAB MASJID
1.
|
Mulai dengan
kaki kanan. |
2.
|
Berjalan dengan tenang
dan tidak tergesa-gesa. Doa Nabi ketika dalam perjalanan menuju Masjid:
"Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya dan lidahku cahaya dan jadikanlah
pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku
cahaya dan di hadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah berikanlah
kepadaku cahaya" |
1.
|
Membuka kasut
dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah
mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu" |
2.
|
Memberi salam kepada sesiapa
yang berada didalam masjid, sekira tiada oarang dalam masjid tersebut maka
ucapkanlah: " Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih" |
3.
|
Mengerjakan solat sunnah
Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid ) |
1.
|
Duduk menghadap
Qiblat. |
2.
|
Memohon doa supaya Allah
membuka pintu rahmatNya. |
3.
|
Sentiasa menyebut nama
Allah. |
4.
|
Menghadirkan Ahhala dalam
hati. |
5.
|
Menghentikan percakapan
tentang hal-hal dunia. |
6.
|
Jauhi dari menghina Islam. |
7.
|
Bezikir dengan suara perlahan. |
ADAB
KETIKA MENDENGAR AZAN
|
1.
|
Berdiam diri. |
2.
|
Menjawab seruan Azan. |
3.
|
Berdoa setelah selesai
Azan. |
4.
|
Di tambah dengan doa permohonan
kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan. |
5.
|
Kerjakan solat sunat Rawatib. |
1.
|
Mohon ampun
dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar. |
2.
|
Berniat untuk datang kembali. |
3.
|
Mendahulukan kaki kiri
sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung
dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang
terkutuk". |
4.
|
Memberi salam kepada orang
yang masih tinggal di masjid. |
|