Rahsia di sebalik surah al-ikhlas

Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti
Aisyah, antara mafhumnya: "Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur,
khatamlah dulu Al-Qur'an
." Aisyah lalu berkata, "Wahai suamiku, saya tidak
mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata
Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w sambil tersenyum
menjawab,"Barangsiapa yang membaca tiga kali surah AL-Ikhlas sebelum tidur,
seolah-olah ia telah khatam AL-Qur'an keseluruhannya.
"

Dari Saidina Ali r.a, dari Rasulullah s.a.w: "Siapa hendak pergi musafir,
kemudian ketika ia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas
11x, maka Tuhan memelihara rumahnya sampai ia kembali
".

Saidatina Aisyah menerangkan: "Dari Nabi Muhammad s.a.w: Siapa membaca
sesudah selesai sembahyang Jumaat, surah AL-Fatihah 7 x, surah Al-Ikhlas 7
x, surah AL-Falaq 7 x dan surah An-Naas 7 x, maka Tuhan akan melindunginya
dari kejahatan sampai ke hari Jumaat yang akan datang
."

Riwayat dari Saidina Ali r.a: "Siapa membaca Suratul Ikhlas sebanyak 11 x
sesudah sembahyang subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk
memperbuat dosa, meskipun syaitan itu dengan sungguh-sungguh hendak
menggodanya pada hari itu
."

Ibnu Syihab Al-Zukhri menerangkan, Rasulullah s.a.w bersabda : "Siapa
membaca Suratul Ikhlas seolah-olah ia membaca AL-Qur'an"

Abu Sa'id Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah al-Ikhlas,
ertinya bersih atau lepas, maka barangsiapa yang membacanya dan
mengamalkannya dengan hati yang ikhlas maka ia akan dilepaskan kesusahan
duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari
kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat
."

[ Back ]

1