Tidur / Rahsia sembahyang 5 waktu / Puasa

tidur <> sembahyang <> puasa <> kelebihan Nabi Muhammad

Imam Ibn Qaiyim pernah berkata:

"Sesiapa yang meneliti cara tidur dan jaga Rasulullah saw, akan
mendapati bahawa tidur baginda adalah yang paling seimbang dan paling
bermanafaat untuk badan, anggota dan kekuatan. Baginda tidak pernah
tidur lebih dari kadar yang dihajati dan tidak pernah mencegah dirinya
daripada kadar keperluannya.
"

Rasulullah saw biasanya mengatur waktu tidurnya:
"Sehampir-hampir Allah kepada hamba-Nya ialah di bahagian akhir
malam
. Dan sekiranya kamu berkuasa untuk menjadikan diri kamu salah
seorang yang mengingati Allah di waktu ini maka lakukanlah."
(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Hendaklah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan amalan
orang-orang yang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam itu
mendekatkan diri kepada Allah, menutup segala dosa, menghilangkan
penyakit kepada tubuh badan dan menjauhi kekejian
."
(Hadith Riwayat Tarmizi)

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga
melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah
bertahajud di malam hari.

Ibn Qaiyim menambah:
"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit
kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya)
malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang
limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur
ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah
tidur di akhir siang hari (selepas Asar)
."

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu
Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?"
Setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya
maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

TOP---^

Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar,
maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu
berkata,
'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah
diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali
kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'
Lalu Rasullullah saw bersabda,
'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi,
'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke
atas umatmu
.'
Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari,
maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s.
Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan
ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah
akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari.
Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua
tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu
mereka berkata,
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami
apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'
Rasullullah saw bersabda,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang
mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan
ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi,
'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah
khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan
diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang
pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima.
Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta
sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu
juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang
gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT
haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya
cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw seterusnya,
'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh
selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua
kebebasan iaitu:

  1. Dibebaskan daripada api neraka.
  2. Dibebaskan dari nifaq.

TOP---^

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka
mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini
katakan pula kepada kami semua,
kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'
Sabda Rasullullah saw,
'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu
tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT
mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara
diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada
makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi,
'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan
kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu
.'

Sabda Rasullullah saw,
'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada
Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:

  1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang
    tumbuh daripada makanan yang haram).
  2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
  3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
  4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
  5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
  6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
  7. Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

TOP---^

Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu
di antara semua para nabi
.'
Sabda Rasullullah saw,
'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi
saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat
kepada umat saya di hari kiamat)
.'
Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan
ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'

Sedikit peringatan untuk kita semua:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah
berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah: ayat 155)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa
(dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah: ayat 286)

TOP---^

[ Back ]

1