Nama saya ialah Ismail Hasan Batubara berasal dari Medan, Indonesia, tapi sekarang sudah menjadi orang Perlis. Dari Ibtidaiyah dan (Sek Rendah) hingga Al-Qismu'ali dan SMA (Menengah Atas belajar di Medan kemudian melanjutkan pelajaran ke Tripoli Libya dalam jurusan Islamic Study and Arabic Language (Pengajian Islam dan Bahasa Arab). Tamat tahun 1985. Setelah memperolehi Degree bekerja sebagai pegawai penyelaras Imam-imam dan Guru-guru Agama di Gemeischaft Ruf Des Islam, di Bonn Jerman Barat hingga tahun 1986. Kemudian berpindah ke Malaysia sebagai guru Agama dan Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Al-Islahiyah di Perlis atas sponsor Islamic Call Society yang berpusat di Libya sehingga tahun 1989. Atas permintaan Tan Sri Dr Abd. Hamid Pawanteh (Menteri Besar Perlis ketika itu) supaya mengajar di Al-madrasah Al-Alawiyah Ad-diniyah (ALMAAD) iaitu sebuah Sekolah Menengah Agama ynag didirikan oleh kerajaan Negeri Perlis melalaui Yayasan Islam Perlis saya meletak jawatan/memutuskan hubungan dengan Islamic Call Society dan mengajar di sekolah tersebut dan gaji dibayar oleh Yayasan Islam Perlis. Pada Tahun 1994 saya dipindahkan ke Ma'ahad Tahfiz Al-Quran Wal-qiraat. Pada tahun 1996 dilantik sebagai Pegawai Da'wah di Pejabat Yayasan Islam Perlis shingga november 1997. Dan dari Disember 1997 hingga julai 2002 saya ditugaskan sebagai Penolong Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis Semenjak Ogos 2002 hingga sekarang sebagai Mudir (Pengetua) di Institut Menghafal Al-Quran dan Ilmu Qiraat Negeri Perlis. Disamping kesibukan tugas harian ini saya juga sedang melanjutkan pelajaran peringkat Master dalam jurusan Information Technology di UUM secara part time. Hobi saya ialah mengikuti perkembangan Informasi Teknologi Maklumat dan Berkenalan untuk memperbanyakkan lagi teman dan kawan terutama yang sama hobi dengan saya, supaya dapat saling bertukar maklumat dan pengalaman. Sebagai seorang yang berkelulusan dalam bidang agama yang memiliki sedikit pengetahuan mengenainya, saya bersedia membantu saudara-saudari khusunya muda-mudi yang selalunya tiada kesempatan untuk menghadiri kelas-kelas agama di Masjid-Masjid atau disebabkan oleh kesibukan dengan pelajaran di luar negara dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan masaalah agama yang memerlukan penjelasan. Disini bukanlah saya nak berlagak pandai atau alim, tetapi kerana ingin memberikan khidmat kepada yang memerlukan serta rasa tanggung jawab sebagai seorang muslim. Lebih-lebih lagi berdasarkan pengalaman yang selama ini, dimana banyak teman-teman yang berasal dari Nusantara yang sedang belajar di luar negara menggunakan Email saya untuk bertanyakan hal-hal yang berkaitan dengan hal agama. Oleh sebab itulah saya berusaha mempelajari cara membuat HOME PAGE dan al-hamdulillah dengan merangkak-rangkak berhasil juga saya menghasilkan HOME PAGE yang sangat sederhana ini. Buat langkah pertama saya menumpang di geocities. Jika diizinkan Allah saya bercadang untuk menyewa server samada di TmNet. atau di Jaring. Tetapi sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa saya baru saja belajar membuat HOME PAGE, jadi masih banyak yang perlu saya pelajari. Buat langkah permulaan dengan rasa ikhlas saya masih bersedia menjawab E-Mail anda. Jika Anda malu bertanya secara bersemuka, kenapa tak bertanya melalui Insya Allah saya akan bantu mengikut kemampuan saya. |