UNIVERSITI  UTARA  MALAYSIA

Program : Msc IT

 

No. Matrik : 83308

 

1.      Kenapa Saya Memilih Bidang IT

2.      Subjek yang telah saya pelajari

3.      Sila Lihat Gambar-Gambar Konvokesyen

 

 

KENAPA SAYA MEMILIH BIDANG IT

 

Saya adalah salah seorang berkelulusan dalam bidang Islamic Study and Arabic Language dari Universiti Islam Tripoli Libya dan sekarang bertugas sebagai Mudir (Pengetua) Ma’had tahfiz Al-Quran Wal-Quraat, Yayasan Islam Perlis.

 

Disamping bekerja saya juga telah mengikuti program Master di UUM dalam jurusan Information Technology (Msc IT) secara sambilan.

 

Oleh kerana latar belakang saya adalah aliran agama dan B.Arab, saya juga mengikuti kursus kemahiran bahasa (Inggeris) di UITM Arau pada malam hari.

 

Memang aneh, saya yang berkelulusan dalam bidang agama dan kurang penguasaan dalam B.Inggeris memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang IT yang Bahasa Pengantarnya adalah Bahasa Inggeris.

 

Dengan berbekalkan semangat dan selogan “JIKA ORANG BOLEH KENAPA SAYA TIDAK” yang merupakan semangat yang ditanamkan oleh YAB Dato’ Seri Perdana Menteri Malaysia kepada seluruh rakyatnya, maka saya mengajukan permohonan untuk melanjutkan pelajaran di UUM dalam jurusan yangg sangat berbeza dari Degree yang saya miliki.  Alhamdulillah dengan izin Allah permohonan saya diterima dengan syarat saya mesti mengambil empat subjek pra syarat terlebih dahulu.

 

Sebab-sebab kenapa saya memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini ialah :-

1- Minat yang sangat mendalam dalam bidang ini, selama ini saya mempelajari sedikit sebanyak perkara-perkara yang berkaitan dengan IT khasnya Komputer dan Perisiannya dengan belajar sendiri melalui buku-buku yang saya beli, dan juga melalui Internet serta bertanya dengan kawan-kawan. Alhamdulillah dengan cara itu saya boleh mereka cipta program sehingga saya diberi kepercayaan oleh Majlis Perbandaran Kangar dan Yayasan Islam Perlis untuk menyediakan prisian bagi data kakitangan dan sistem gaji untuk kegunaan unit Kewangan di MPKPs dan YIPs.

 

2- Keinginan untuk menambahkan lagi pengetahuan, supaya bila saya memberi syarahan di sekolah-sekolah dan di mana-mana saja mengenai perlunya umat Islam kepada menuntut kedua-dua Ilmu DUNIA DAN AKHIRAT….. saya tidak sekadar bercakap saja tetapi saya telah lebih dahulu menerokainya. Bukankan Rasulullah menyuruh Ummahnya untuk menuntut Ilmu walaupun ke Negeri Cina.

 

3- Hasrat untuk memanfaatkan Kemudahan teknologi ini bagi tujuan dakwah. Untuk tujuan ini saya telah mula belajar menghasilkan sendiri Web Site saya di : www.geocities.com/ihbb.geo

 

4- Sebagai motivasi kepada generasi muda ummah ini, khususnya anak-anak saya, mudah-mudahan mereka tidak hanya memilih yang mudah saja dalam memilih jurusan pengajian mereka tanpa memikirkan keperluan semasa bagi negara serta bangsa. Di samping itu saya berharap mudah-mudahan ianya juga menjadi Motivasi kepada para ustaz-ustaz dan ustazah bahawa bila mereka sudah memegang jawatan tidak perlu lagi mempelajari Ilmu keduniaan yang dapat membantu dalam perjuangan untuk mengembalikan kecemerlangan Ummah. Saya sangat sedih bila melihat kebanyakan mereka hanya melanjutkan pelajaran semata-mata untuk kenaikan pangkat dan gaji saja.

 

Itulah sebahagian dari sebab-sebab utama kenapa saya memilih Msc IT ini, dengan kata lain bukan kerana inginkan kenaikan pangkat dan gaji. Lagi pula memandangkan umur dan status saya sekarang ini perkara tersebut boleh dikatakan mustahil saya perolehi.

 

Mudah-mudahan tujuan saya ini diredhai oleh Allah dan dijadikannya sebagai tambahan amal Ibadah untuk bekalan saya di akhirat kelak, saya juga berharap jika saya ditakdirkan oleh Allah swt berjaya dalam studi ini…ilmu saya itu akan dapat saya manfaatkan untuk tujuan dakwah dan syiar Islam pada masa-masa yang akan datang.

 

Wassalam

Ismail Hasan Batu Bara

No. Matrik : 83308

 

Kembali keatas

Subjek-subjek yang sudah selesai :

1. TK5004 Computer System Organization
  1. Pensyarah
  2. Nota Kuliah

 

2. TA5004 Computer Programming
  1. Pensyarah
  2. Nota Kuliah

 

3. TD5004 System Analysis and Design
  1. Pensyarah
  2. Nota Kuliah

 

4. TJ5004 Data Communication & Networking
  1. Pensyarah
  2. Nota Kuliah

 

5. TC5022 Training Skills in Information Technology

  1. Pensyarah

  2. Nota Kuliah

 

6. TD6023 Information System Management

  1. Pensyarah

  2. Nota Kuliah

 

7. TD6053 Advanced Database Design

  1. Pensyarah

  2. Nota Kuliah

 

8. TD6983 Seminar in IT

  1. Pensyarah

  2. Nota Kuliah

 

9.TD5013 Managing IT Operations

  1. Pensyarah

  2. Nota Kuliah

 

10. TD5023 IT Policies and Stratetegies

  1. Pensyarah

  2. Nota Kuliah

 

 

11. TD6013 Decision Support System
  1. Pensyarah
  2. Nota Kuliah

 

12. TD5033 Advanced System Analysis and Design
  1. Pensyarah
  2. Nota Kuliah

 

 

1 1