Kami warga Sekolah Menengah Kebangasaan
Nitar Mersing dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan
menumpukan tenaga dan usaha kami
untuk :
1. Mewujud dan melaksanakan sistem pendidikan terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu , masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
2. Melahirkan anak didik Sek. Men. Keb. Nitar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
3. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berwibawa dengan tanpa kecacatan selaras dengan konsep " Zero Defect".
4. Menyediakan kakitangan dan tenaga bantu yang matang , berdedikasi , komited , terlatih , berdisiplin , bertanggungjawab , produktif , proaktif dan amanah dalam menguruskan dan menghasilkan kerja yang cekap , pantas dan bijaksana.
5. Memastikan pelajar dapat menerima pendidikan dan pengajaran yang sempurna dan terbaik tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama.
6. Mewujudkan perhubungan yang akrab dengan masyarakat tempatan selaras dengan konsep dan budaya permuafakatan dan sekolah komuniti.
7. Berkongsi pendapat dengan pihak ibubapa dan penjaga dalam menangani usaha peningkatan sahsiah akademik dan kurikulum pelajar supaya lebih cemerlang.
8. Memastikan sekolah sentiasa peka dan rensponsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan : pelajar, guru, masyarakat dan negara.
9. Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang mencukupi, lengkap dan selesa, selaras dengan konsep sekolah penyayang.
10. Menyediakan dan memberi peluang pengajaran dan pembelajaran kepada semua pelajar yang layak, selaras dengan pendemokrasian pendidikan.