Tatabahasa - Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa (1)
Contoh 1: Emak membeli saya sehelai baju. (Salah)
Emak membelikan saya sehelai baju. (Betul)
Penerangan:
Ayat pertama salah kerana salah menggunakan kata kerja transitif membeli yang memerlukan benda yang dibeli. Yang patut mengganti tempatnya ialah membelikan yang membawa maksud membeli untuk.
Contoh 2: Kakak menjahitkan sehelai baju untuk adik. (Salah)
Kakak menjahit sehelai baju untuk adik. (Betul)
Penerangan:
Ayat pertama salah kerana salah menggunakan kata kerja menjahitkan yang perlu dituruti manusia/haiwan. Yang patut menggati tempatnya ialah menjahit.
Latihan 1:
Betulkan ayat-ayat yang berikut, jika salah.
1. Kami ingin menjualkan rumah kami.
2. Dia menuliskan neneknya sepucuk surat.
3. Tolong beli saya sekaki payung.
4. Saya membacakan nenek surat itu.
5. Abang menjualkan ayah kereta yang lama itu.
6. Kakak melukis adik gambar dinosaur.
7. Emak menjahit adik sehelai seluar pendek.
8. Suresh mendapatkan adiknya sebuah kamus bahasa Melayu yang baik.
9. Mereka membuatkan orang tua itu sebuah rumah.
10. Saya mencari Ali maklumat yang diperlukannya.
Latihan 2
1. Mereka membelikan orang miskin itu sebuah basikal. ( )
2. Dua orang itu ingin menjualkan perahu mereka. ( )
3. Tolong buatkan saya sebuah layang-layang. ( )
4. Siapakah yang menjahitkan kamu baju ini? ( )
5. Sundram akan membeli sebuah kotak pensel untuk anaknya.( )
6. Saya membacakan nenek surat khabar setiap hari. ( )
7. Tolong lukiskan saya sebuah poster. ( )
8. Dia carikan saya pen itu. ( )
9. Kakak akan menjahitkan saya sehelai baju kurung. ( )
10. Kami sudah membuatkan dia kerja itu. ( )
11. Kamu mesti membaca petikan ini sebanyak dua kali. ( )
12. Tolong jualkan saya kereta ini. ( )
13. Dia meminta saya mencari lembu yang hilang itu. ( )
14. Semua orang kampung membelikan makanan untuk dia. ( )
15. Carilah saya tali yang lebih panjang daripada ini. ( )
16. Dia ingin menjualkan saya keretanya. ( )
17. Mereka akan menolongkan saya membuat kerja itu. ( )
18. Saya membuatkan adik kerja yang susah dibuatnya. ( )
19. Juallah apa-apa yang anda ada. ( )
20. Saya membacakan kanak-kanak itu cerita yang menarik. ( )
Click here for answers
|