Ahli-ahli
yang menyelidiki maksud Al-Quran, mempelajari ayat-ayatnya satu demi satu dan
memahami kandungannya sedikit pun tidak meragui bahawa segenap dasar dan lunas-lunas
hidup yang berperaturan terdapat di dalamnya. Segala dasar keduniaan dapat dipetik
daripadanya manakala urusan ukhrawi dijelaskan dengan serba lengkap.Ringkasnya,
Al-Quran merupakan kitab suci yang dapat memenuhi segala hajat dan pegangan
hidup. Sekiranya ada yang mengatakan bahawa sebab kemunduran politik dan ekanomi
umat Islam adalah kerana sedikit sekali ayat-ayat yang membimbing mereka dalam
masalah keduniaan, maka ini ternyata salah.
Pertama :
Mereka yang mendakwa sedemikian ternyata belum memerhatikan kandungan Al-Quran
dari dekat. Pemahamannya terhadap pengertian kandungan Al-Quran terlalu tipis.
Mungkin, ia bertaldid kepada kaum yang memerhati Al-Quran dengan mata kasar.
Kedua : Andai kata benar sedikit sahaja ayat-ayat keduniaan, maka ditegaskan
bahawa yang sedikit itu lebih dari mencukupi. Kita tahu bahawa Al-Quran walaupun
mempunyai lafaz yang sedikit dan pendek, ia memberi pengertian yang mendalam
dan luas. la juga asas untuk mencapai kemajuan dunia dengan berpedomankan firman
Allah yang bermaksud: "Tuntutlah olehmu akan akhirat (walaupun kamu diperintahkan
mencapai akhirat) tetapi janganlah kamu melupakan nasib peruntunganmu dalam
dunia dan berbuat baiklah kamu sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu".
(Al.Qasos.ayat 77)
Setelah memerhati maksud firman Allah itu dan sabda Nabi, seorang pujangga Eropah
telah berkata dengan jujurnya "Sekiranya Muhammad s.a.w. tiada meninggalkan
untuk duniamu, seolah-olah kamu hidup sepanjang masa dan bekerjalah kamu untuk
akhiratmu seakan-akan kamu akan mati esoknya, jelas umat Islam mempunyai tuntutan
yang konkrit dan sempurna dari pesanan ini.” Hadis ini memberi pengertian yang
luas menyuruh kita cergas dalam ekonomi, bergiat di bidang industri dan lain-lain.
Kita disuruh menuntut ilmu keduniaan sebagaimana hadis ini menyuruh kita mencari
ilmu akhirat untuk akhirat. Perkataan "Beramallah kamu untuk dunia" mengandungi
suruhan "Berilmulah kamu untuk dunia". Kita tahu dunia ini tidak mungkin dapat
dikendalikan dengan ilmu akhirat sahaja, begitu juga sebaliknya. Tegasnya, mementingkan
dunia hendaklah disamakan dengan mementingkan akhirat. Ringkasnya, dunia adalah
tangga ke akhirat dan dunia adalah ladang untuk bercucuk tanam sebagai bekalan
untuk ke akhirat.
Umat Islam ketika ini lemah bukanlah kerana kekurangan didikan jasmani dan rohani,
tetapi disebabkan salah didikan para mutasawwifin. Oleh kerana pengaruh tasauf
yang keliru dan salah, mereka terpedaya dengan perkataan "Dunia itu bangkai
bagi orang yang mencarinya" dan jadilah mereka umat yang kaku dan beku. Al-Quran
adalah DUSTUR iaitu kitab yang tetap, bersifat baru sesuai digunakan pada setiap
masa, tempat, untuk bangsa dan setiap golongan. Al-Quran merupakan perbendaharaan
aqidah, pengetahuan, hikmat dan falsafah.
Dari Al-Quran dapat dikeluarkan bermacam-macam rupa mutiara yang tidak ternilai
harganya. Antaranya ialah: 1. Kepercayaan, ibadat dan budi pekerti 2. Undang-undang
bermasyarakat : sosial dan ekonomi 3. Undang-undang perang dan dasar kemiliteran
4. Undang-undang politik 5. Undang-undang jenayah 6. Undang-undang alam dan
tabiat Sejarah serta biografi umat dahulu kala Berita-berita gembira dan ancaman.
(Al-Quran merupakan pedoman dalam urusan baik di dunia mahu pun di akhirat.
Sesungguhnya, Al-Quran itu suatu laut yang tiada bertepi, maka selamilah ia
.........)
Kelengkapan
Al-Quran
Oleh : Ustazah Fatimah Silong
Ketua Panitia Pendidikan Islam