Unit 1 Penyelenggaraan Peralatan
Masa 40 min      
  Objektif   Kemahiran/Aktiviti  
 
  1. Menyenaraikan keselamatan peralatan.
  2. Menggunakan alat tangan yang bersesuaian dengan kerja amali.
  3. Menyelenggara peralatan.
  4. Membuat inventori peralatan.
  1. Membina buku inventori.
  Rangka Isi Nilai  
 
  1. Peralatan keselamatan.
  2. Penggunaan inventori.
  1. Cermat.
  2. Kebersihan.
 
  Isi Pelajaran
2 min Peralatan perlu diselenggara dengan baik bagi menjamin keselamatan dan jangka hayatnya.
         
10 min Keselamatan Peralatan
  • Pastikan tangan bersih dan kering sewaktu menggunakan.
  • Gunakan alat yang sesuai dengan kerja.
  • Tidak menggunakan peralatan yang rosak.
  • Mematikan suis sewaktu hendak mengubah sesuatu pada peralatan kuasa.
  • Jangan tarik kabel sewaktu menanggalkan palam.
  • Rujuk pada buku panduan apabila sangsi tentang penggunaan peralatan.
  • Mendapat kebenaran guru semasa hendak menggunakan peralatan kuasa.
  • Melaporkan kepada guru dengan segera apabila berlaku kemalangan.
         
10 min Menyelenggara Peralatan
  • Peralatan kuasa
    • Menggunakan dengan betul mengikut tertib.
    • Mematikan suis semasa menukar sebarang peralatan.
    • Mematikan suis apabila tidak digunakan.
    • Menjaga kebersihan peralatan.
    • Melaporkan sebarang kerosakan kepada guru.
  • Peralatan tangan
    • Pastikan alat tangan berfungsi normal semasa hendak menggunakannya.
    • Menggunakan peralatan yang sesuai dengan kerja.
    • Menggunakan dengan betul.
    • Simpan alat tangan di dalam kotak alatan apabila tidak digunakan lagi.
    • Menjaga kebersihan peralatan.
    • Merekod alat tangan didalam inventori.
    • Laporakan kepada guru jika berlaku kerosakan atau kehilangan.
  • Alatan Bengkel
    • Meminta kebenaran guru ketika hendak menggunakan.
    • Menggunakan alatan sesuai dengan kerja.
    • Pastikan alat boleh digunakan.
    • Gunakan alatan dengan cermat.
    • Jaga kebersihan sewaktu menggunakan alatan.
    • Pastikan alatan dalam keadaan baik selepas digunakan.
    • Simpan alatan di tempat yang disediakan.
         
10 min Inventori Peralatan

Merekodkan peralatan di dalam kotak alat tangan.

  • Data yang perlu ada didalam rekod inventori:
    • Nama alat.
    • Tarikh masuk.
    • Tarikh rosak.
    • Jenis kerosakan.
    • Tarikh dibaiki.
    • Punca kerosakan.

         
8 min Latihan
  1. Nyatakan 5 langkah keselamatan alat tangan.
  2. Nyatakan langkah apabila hendak menggunakan peralatan kuasa didalam bengkel.
         
         
1