-
Isyarat FM akan terpintas pada antenna teleskopik. Isyarat yang terpintas akan dikesan oleh
bahagian penala.
-
Pengguna akan melaras siaran pilihan. Sebenarnya proses ini bermaksud pelarasan nilai frekuensi pembawa yang dipilih dan dalam masa yang sama nilai frekuensi
Pengayun Tempatan juga akan terlaras. Ini kerana peringkat Penguat
RF dan peringkat Pengayun Tempatan adalah bergu.
-
Nilai isyarat pembawa dan pengayun akan dicampur oleh pencampur
pada bahagian Penala supaya menjadi satu nilai isyarat 10.7MHz. Isyarat yang telah dicampurkan ini dinamakan
Frekuensi Pertengahan dan akan dihantar ke bahagian IF.
-
Bahagian IF akan menguatkan isyarat frekuensi pertengahan dan akan menghantar ke peringkat
Penghad dan seterusnya ke bahagian Pengesan FM.
-
Bahagian Pengesan FM
adalah peringkat yang melakukan
proses demodulasi FM. Maklumat audio yang telah diasingkan akan
dihantar ke peringkat yang seterusnya iaitu bahagian Penguat Audio.
-
Bahagian Audio mempunyai blok
pra-penguat dan penguat kuasa. Blok pra-penguat berfungsi memicukan
maklumat audio yang diterima dari Pengesan FM dan dihantar ke blok
penguat kuasa. Blok penguat kuasa akan menguatkan isyarat audio yang
diterima dan dihantar ke pembesar suara untuk kesan bunyi.