Modulasi
  Modulasi dan DeModulasi adalah proses yang berkaitan dengan pencampuran isyarat audio atau imej dengan isyarat pembawa (F1xF2). Melalui modulasi maklumat gambar, suara dan imej boleh dihantar dari satu pemancar ke penerima (samada radio atau tv). Terdapat 2 jenis modulasi iaitu Modulasi Amplitud dan Modulasi Frekuensi.  
Modulasi Amplitud
  Keluaran peka kepada perubahan amplitud. Contohnya
  1. Radio AM - suara akan bertambah kuat sekiranya nilai amplitud tinggi. Ini bermakna vp 2V memberikan isyarat suara yang lebih perlahan jika dibandingkan dengan vp 10V pada pembesar suara.
  2. Televisyen - gambar akan semakin cerah sekiranya nilai amplitud semakin kurang. Ini bermakna vp 2V memberikan gambar yang lebih cerah berbanding vp 10V pada tiub gambar.
  Sistem pancaran AM menggunakan kaedah sesisi atau dwisisi. Secara asasnya pancaran AM menggunakan kaedah pencampuran isyarat maklumat dan pembawa. Pancaran AM akan menghasilkan 2 jalur sisi iaitu jalur sisi atas dan jalur sisi bawah. Isyarat ini boleh dilihat dengan menggunakan penjana sweep.
     
Modulasi Frekuensi
  Keluaran peka kepada perubahan frekuensi. Contohnya
  1. Radio FM - suara akan bertambah kuat sekiranya nilai frekuensi tinggi. Ini bermakna frekuensi 2MHz memberikan isyarat suara yang lebih perlahan jika dibandingkan dengan frekuensi 10MHz pada litar pembezalayan.
 
         
         
         
         
         
         
1