Isi Pelajaran - Penala
2 min
  Apakah bahagian yang menentukan siaran yang dipilih?
5 min
 

Terdapat 3 peringkat didalam bahagian penala iaitu Penguat Frekuen Radio (RF) yang berfungsi menguatkan isyarat RF yang ditala, Pengayun Tempatan (LO) yang menghasilkan satu nilai frekuensi dan Pencampur yang berfungsi mencampur RF dan LO untuk menghasilkan Frekuensi Pertengahan (IF). Pengayun yang digunakan ialah Hartley.

10 min
 
  Fungsi Komponen
  • Pemuat BolehLaras VC1 - Pemilih siaran.
  • Gegelung L1 - Menerima isyarat RF yang ditala.
  • Pemuat C1 - Pengganding isyarat RF dan penguat RF.
  • Transistor Q1 - Penguat RF.
  • Rangkaian T1VC1 - Perangkap siaran.
  • Rangkaian T2VC2 - Perangkap pengayun tempatan.
15 min
  Kendalian Litar
  1. Rangkaian T1VC1 akan tertala mengikut siaran yang dipilih. Hanya frekuensi yang dipilih akan merentasi L1.
  2. Frekuensi siaran yang dipilih akan digandingkan oleh C1 untuk dikuatkan oleh Q1.
  3. Semasa T1VC1 dilaras, rangkaian T2VC2 juga akan tertala, ini kerana ia adalah bergu.
  4. Rangkaian T2VC2 akan menghasilkan nilai frekuensi yang dinamakan pengayun tempatan.
  5. Frekuensi pengayun tempatan akan teraruh ke L2 dan tercampur bersama isyarat RF.
  6. Frekuensi pencampur akan melalui litar tangki C3L3 yang tertala pada frekuensi 10.7MHz.
  7. Frekuensi 10.7MHz adalah frekuensi pertengahan FM yang digandingkan ke penguat IF untuk dikuatkan.
8 min
  Latihan
  1. Nyatakan peringkat yang terdapat pada bahagian penala.
  2. Berpandukan litar, nyatakan fungsi transistor Q1.
 
  Frekuensi yang keluar pada peringkat pencampur ialah
  1. Isyarat pembawa frekuensi radio.
  2. Isyarat pengayun tempatan.
  3. Hasil tambah RF dan LO (LO+RF).
  4. Perbezaan antara RF dan LO (LO-RF).
         
1