Bab 4 Frekuensi Perantaraan (IF)
Masa: 40 minit
Isi Pelajaran
2 min
  Untuk menghasilkan gandaan yang maksima nilai frekuensi perlu ditetapkan pada satu nilai. Frekuensi yang telah ditetapkan itu dinamakan Frekuensi Perantaraan (IF).
15 min
 
  Fungsi Komponen
  1. T1 - Pengganding masukan IF1.
  2. TR1 - Penguat IF1.
  3. R3C3 - Pemirau TR1.
  4. T2 - Pengganding IF1 ke IF2.
  5. TR2 - Penguat IF2.
  6. R6C6 - Pemirau TR2.
  7. T3 - Pengganding IF2 ke Pengesan.
  8. R1 - Perintang peneutralan dan suapbalik.
  9. D - Pengesan AM.
 
15 min
  Kendalian Litar
  1. Litar tangki C1T1 akan membenarkan hanya isyarat frekuensi 455KHz termodulat AM sahaja melaluinya.
  2. Transistor TR1 akan menguatkan isyarat tersebut.
  3. Isyarat yang tidak dikehendaki akan dipiraukan oleh R3C3.
  4. Isyarat IF yang dikuatkan oleh IF1 akan melalui litar tangki C4T2 ke transistor TR2.
  5. Transistor TR2 akan menguatkan isyarat IF tersebut.
  6. Isyarat IF2 yang telah dikuatkan akan melalui litar tangki C7T3 ke pengesan AM.
  7. Pengesan D akan memilih puncak posistif AM termodulat melaluinya.
  8. Rangkaian penapis C8R7C9 akan mengasingkan isyarat audio dari isyarat pembawa AM.
  9. Rangkaian C9R1C2 memberikan suapbalik kepada masukan IF1 bagi memastikan amplitud keluaran sentiasa stabil.
8 min
  Latihan
  1. Berdasarkan litar yang diberi, nyatakan komponen yang berfungsi sebagai
    1. Penguat IF.
    2. Pengganding
  2. Nyatakan frekuensi IF AM.
  3. Nyatakan fungsi litar tangki didalam litar IF.
 
 
         
         

1