Isi Pelajaran - Audio
2 min
  Bagaimana sesuatu bunyi boleh dikuatkan?
10 min
  Fungsi Pembesar Suara

Menerima isyarat elektrik dan menukarkannya kepada tenaga bunyi.

20 min
  Lazimnya terdapat 2 peringkat utama pada bahagian audio:
 
  1. Pra-penguat.
    • Juga disebut sebagai pemicu. 
    • Fungsinya menapis isyarat yang diterima dari bahagian pengesan seterusnya menguatkan isyarat tersebut dengan meninggikan amplitud isyarat tersebut.
    • Penguat kelas A sesuai digunakan pada peringkat ini agar semua isyarat audio dapat diterima.
    • Selain dari menguatkan isyarat audio, litar ini juga mengasingkan kawalan bass, treble dan midle serta kawalan bahana (volume).
 
 

Fungsi Komponen

  1. Q1- Penguat.
  2. R1 - Perintang Pemungut.
  3. R2R3 - Pembahagi voltan Q1.
  4. R4C2 - Pemirau.
  5. VR1C3 - Kawalan frekuensi tinggi.
  6. VR2C4C5 - Kawalan frekuensi rendah.
  7. VR3 - Kawalan bahana.
  Kendalian Pra-penguat
  1. Masukan pada dasar Q1 akan dikuatkan.
  2. Rangkaian suapbalik negatif VR1C3 akan mengurangkan amaun frekuensi tinggi. 
  3. Pada masa yang sama rangkaian VR2C4C5 akan menentukan amaun frekuensi rendah.
  4. Kawalan bahana VR3 menentukan amaun pra-penguat.
10 min
 
  1. Penguat Kuasa.
    • Masukan litar ialah Pra-penguat dan keluaran ialah pembesar suara.
    • Fungsinya menguatkan isyarat audio dan menghantar ke pembesar suara.
    • Kelas A atau kelas AB sering digunakan untuk penguat kuasa.
    • Antara jenis penguat yang digunakan:
      • Penguat Tolak-tarik - Transistor yang digunakan ialah jenis NPN dan PNP.
      • Penguat Hujung Tunggal - Hanya menggunakan satu transistor.
30 min
  Kendalian Penguat Tolak-tarik
  1. Semasa kitar positif
    • Q1 mendapat pincang hadapan (on) dan Q2 mendapat pincang balikan (off).
    • Arus akan mengalir melalui Q1 dan isyarat akan dikuatkan olehnya.
    • Keluaran puncak positif akan digandingkan oleh C1 ke pembesar suara.
  2. Semasa kitar negatif
    • Q1 mendapat pincang balikan (off) dan Q2 mendapat pincang hadapan (on).
    • Arus akan mengalir melalui Q2 dan isyarat akan dikuatkan olehnya.
    • Keluaran puncak negatif akan digandingkan oleh C1 ke pembesar suara.

8 min
  Latihan
  1. Nyatakan fungsi pembesar suara.
  2. Nyatakan peringkat yang terdapat pada bahagian Penguat Audio.
  3. Terangkan kendalian litar Penguat Tolak-tarik.

         
1