Isi Pelajaran - Penghad |
|
2 min |
|
Apakah
pincang hadapan dan pincang balikan pada transistor? Bagaimana ia boleh
menstabilkan amplitud? |
|
5 min |
|
Perbezaan
yang ketara antara radio AM dan FM ialah peringkat penghad. Peringkat
ini berfungsi menetapkan kadar amplitud isyarat pembawa FM agar sentiasa
tetap sebelum dihantar ke Pengesan. |
|
10 min |
|
Fungsi Komponen
- Q1 - Penghad 1.
- Q2 - Penghad 2.
- D1 - Cirian penghad ( VR1 = VCQ1
+ 0.6V ) - sekiranya diod silikon.
- R2&C2 - Rangkaian pemirau Q1.
- R4&C4 - Rangkaian pemirau Q2.
- C1&Lilitan Pengubah - Litar
tangki 10.7MHz penghad 1.
- C5&Lilitan Pengubah - Litar
tangki 10.7MHz penghad 2.
|
|
15 min |
|
Kendalian Litar Semasa
Puncak Normal
- Dasar Q1 akan menerima pincang hadapan
yang ideal oleh itu ia akan menguatkan isyarat FM dengan kadar
gandaan maksima.
- Diod D1 akan membenarkan puncak
positif 0.6V + Voltan keluaran Q1.
- Litar tangki C1 dan pengubah akan
membenarkan hanya frekuensi IF melaluinya.
- Q2 akan menguatkan lagi isyarat
tersebut.
- Litar tangki C5 dan pengubah
hanya membenarkan frekuensi IF sahaja melaluinya.
Semasa Puncak Kurang Positif
- Dasar Q1 menerima pincang hadapan
yang kurang, ia akan menguatkan isyarat tersebut dengan kadar
gandaan maksima. Ini berlaku kerana kendalian transistor masih berada pada
titik kendaliannya.
- Diod D1 akan membenarkan puncak
positif 0.6V + Voltan keluaran Q1.
- Litar tangki C1 dan pengubah akan
membenarkan hanya frekuensi IF melaluinya.
- Q2 akan menguatkan lagi isyarat
tersebut.
- Litar tangki C5 dan pengubah
hanya membenarkan frekuensi IF sahaja melaluinya.
Semasa Puncak Lebih Positif
- Dasar Q1 menerima pincang hadapan
yang melampau, ia akan menyebabkan transistor berada pada takat
tepu. Hanya amplitud yang berada pada lingkungan kendalian yang akan
dikuatkan.
- Diod D1 akan membenarkan puncak
positif 0.6V + Voltan keluaran Q1.
- Litar tangki C1 dan pengubah akan
membenarkan hanya frekuensi IF melaluinya.
- Q2 akan menguatkan lagi isyarat
tersebut.
- Litar tangki C5 dan pengubah akan
membenarkan frekuensi IF sahaja melaluinya.
|
|
8 min |
|
Latihan
- Berdasarkan litar, nyatakan
komponen yang berfungsi mengawal gandaan.
- Terangkan kendalian litar semasa
isyarat masukan mempunyai hingar.
|
|