Antena Televisyen
Antena perlu dipasang dan diarah dengan betul untuk mendapatkan kualiti gambar yang terbaik. Kaedah pemasangan elemen antena bergantung kepada jenis antena yang digunakan. Pemasangan antena yagi amat penting pada penerimaan tv malaysia. Bagi isyarat pemancar yang datang pada satu arah satu antena jalur lebar tunggal sahaja boleh digunakan tetapi sekiranya arah pemancar berlainan antara yagi lebih sesuai digunakan. Oleh kerana kebanyakan antena mempunyai galangan 300Ω satu pengubah yang dinamakan balun digunakan bagi menukarkan galangan tersebut kepada 75Ω. Kedudukan balun perlu berada sehampir yang mungkin pada elemen antena.