Sejarah Televisyen

Ia bermula di Ireland pada tahun 1873 di Ireland apabila seorang operator telegraf Joseph May telah menemui kesan fotoelektrik apabila bar Selenium terdedah pada sinaran matahari dan perubahan rintangan berjaya dikesan. Dengan itu, perubahan keamatan cahaya telah diubah kepada signal-signal elektrik. Ini bermaksud signal-signal ini boleh dipancarkan ke suatu jarak yang tertentu.

Penemuan elektron yang merupakan sebahagian kecil daripada tenaga elektrik telah mencetuskan revolusi sains dan teknologi. Penemuan ini turut mendapat perhatian ramai bijak pandai sehinggalah mereka memperkembangkan kajian mereka ke arah kajian yang sekarang ini dinamakan elektronik.

Kesan photoelectric

Seterusnya tiub sinar katod yang menggunakan fluorescent telah tercipta pada tahun1897 hasil daripada revolusi sains dan teknologi tersebut. Karl Ferdinand Braun dari Universiti Strasbourg telah menggunakan prinsip elektron yang merambat lurus serta mempunyai kekutuban negatif dalam pembinaan tiub sinar katod ini.

Pada awal 1908 A. A. Campbell Swinton dari Scotland telah membuat garis panduan mengenai penggunaan suatu sistem yang menggunakan tiub sinar katod yang dicipta oleh Braun di bahagian penerima dan pemancar system itu.

A. A. Campbell-Swinton (1863-1930)
Ini adalah cadangan (proposal) kaedah elektronik yang pertama dan telah diterbitkan olehnya pada 1911:

Cadangan (proposal) kaedah elekronik yang pertama

Imej akan dipancarkan pada kepingan mosaic fotoelektrik salah satu hujungnya disambungkan pada tiub.

Suatu sinar elektron kemudiannya akan mengimbas imej dan menghasilkan isyarat elektrik.

Pada bahagian penerima, isyarat ini akan mengawal keamatan satu lagi sinar elektron yang akan mengimbas skrin fluorescent tiub.

Kaedah yang dicadangkan oleh Swinton hanyalah bersifat teori dan idea sahaja. Sel yang wujud diketika itu tidak dapat bekerja dengan pantas mengesan perubahan keamatan cahaya dan kurang sensitif. Isyarat yang dijanakan pula adalah terlalu lemah oleh kerana penguat belum lagi dicipta.

Namun demikian dengan kemajuan sains dan teknologi yang semakin berkembang berkadaran dengan masa muncul sel Pottasium yang lebih sensitif berbanding sel yang digunakan sebelum ini iaitu sel Selenium. Kemudian muncul pula triod yang dikeluarkan dengan banyaknya pada tahun 1915 yang mempunyai kaitan rapat kepada teknologi ‘wireless’ dan juga kemunculan lampu neon yang mempunyai keamatan cahaya yang boleh diubah-ubah dengan cepat dan membuatkan ianya sesuai digunakan pada cakera penerima.

John Logie Baird bersama set televisyen yang terawal pada tahun 1926

Pada tahun 1926 John Logie Baird dari Scotland telah mempamerkan sejenis peralatan yang boleh menghasilkan imej yang ringkas pada jarak tertentu. Ini merupakan televisyen yang pertama yang boleh memaparkan imej yang telah diimbas dalam 30 garisan dengan 5 imej penuh pada setiap saat.

Pada sekitar 1930 beberapa penyelidik telah menghasilkan teknik imbasan yang baru yang lebih berkesan untuk mengelakkan gegaran ( flick) pada imej. Teknik imbasan ini dimulakan dengan mengimbas garisan yang bernombor ganjil dan kemudian diikuti oleh garisan bernomber genap.

Tiub kamera dicipta oleh Vladimir Zworykin yang dinamakan "lconoscope". Tiub sinar katod berbentuk sfera ini lebih ringkas berbanding cakera yang digunakan pada peringkat awal. Ia juga lebih sensitive dan senang di gunakan.

Vladimir Zworykin (1889-1982)

Iconoscope Pertama

Zworykin telah mempamerkan prototype pertama tiub itu di satu sessi mesyuarat jurutera di New York pada 1929. Ia dibina oleh by RCA pada 1933 dan berkebolehan mengimbas imej sebanyak 120 garisan dan 24 imej sesaat.

Pada tahun 1929 Baird telah memasarkan penerima cakera pertamanya yang dinamakan ‘televisors’ yang mendapat isyarat yang dipancarkan oleh BBC pada system 30 garisan dan memberikan 121/2 imej sesaat. Kemudiannya Baird telah meningkatkan keupayaan kepada 60, 90, 120 , dan 180 garisan.

Penyiaran yang pertama

Kamera "iconoscope", Olimpik Berlin, 1936

Hanya pada 1952 satu standard (625 garisan, 50 frames/sesaat) telah dicadangkan dan digunakan dengan pesatnya ini menandakan kelahiran televisyen yang moden.

Televisyen Warna

Sistem televisyen hitam-putih imej dibentuk bergantung kepada pergerakan pantas titik imbasan (elektron) yang berkeupayaan membentuk bayangan-bayangan di skrin (Raster).

Pada hakikatnya tatakerja televisyen warna adalah sama seperti televisyen hitam putih. Namun televisyen warna mempunyai keupayaan yang lebih daripada televisyen hitam putih kerana ianya berupaya mempamerkan bayangan yang bewarna-warni dengan kadar ulangan 15,625kHz untuk membentuk gambar dari 625 garisan dengan ulangan medan 50hz. Televisyen warna mempunyai kelebihan iaitu ianya mempunyai litar-litar tambahan seperti litar decoder warna dan tiub gambar yang khusus. Semua litar yang ada di dalam televisyen hitam putih wujud di dalam televisyen warna dengan tambahan litar-litar pemprosesan video. Oleh kerana televisyen warna menggunakan tiub gambar yang khusus maka lebih banyak kuasa digunakan.

Untuk mengetahui bagaimana pemancaran dan penerimaan sistem televisyen warna, serba sedikit berkenaan warna perlulah diketahui lebih awal. Konsep pembentukkan warna pada mata manusia dinamakan metamerism: iaitu kesan warna pada mata manusia yang dihasilkan daripada gabungan 3 warna utama. Apa yang dimaksudkan warna utama ialah warna itu tidak dapat dihasilkan dengan gabungan 2 atau lebih warna lain.

Dari segi praktikal warna merah, biru dan hijau digunakan sebagai warna utama dan daripada gabungan warna ini akan terhasilnya warna lain.

Untuk memancarkan isyarat elektrik dengan kaedah yang terbaik ialah dengan dengan menggabungkan isyarat tersebut kepada 3 isyarat yang berlainan. Salah satu daripadanya digunakan untuk mewakili tahap kecerahan imej (luminens) dan dua lagi mewakili nilai chromatik imej (warna gambar dan corak warna) atau isyarat krominens.

 

Pemancaran isyarat televisyen hitam putih hanya menggunakan isyarat luminens. Alat penerima televisyen hitam putih hanya dapat menerima isyarat luminens walaupun kedua-dua isyarat luminens dan krominens dipancarkan.

Di dalam kamera isyarat warna diasingkan dengan menggunakan prisma. Di sini setiap warna diasingkan ke tiub yang berasingan dan seterusnya menghasilkan isyaratnya sendiri.

Pandangan di dalam kamera

Pada bahagian penerimaan

Pada bahagian penerimaan, isyarat warna yang diasingkan tadi telah dicantumkan semula dengan menggunakan beberapa titik-titik luminens yang telah disusun dengan gabungan 3 bahagian titik iaitu merah-biru-hijau. Titik-titik ini telah disusun dengan begitu rapat sehingga kelihatan seperti satu elemen gambar apabila dilihat dengan mata kasar.

Pemancaran Isyarat Televisyen Warna

Pada tahun 1953 atas kajian yang dilakukan oleh RCA dan makmal Hazeline di Amerika satu sistem yang standard telah direka. Sistem ini dinamakan sistem National System Committee (NTSC).

Sistem televisyen ini telah dilancarkan pada tahun 1954 dan merupakan sistem standard yang pertama.

Selepas itu beberapa penyelidik di Eropah telah melaksanakan beberapa kajian untuk membentuk satu sistem yang lebih stabil dan lebih sensitive pada hingar pada fasa penghantaran.

Sistem NTSC

Sehinggalah pada tahun 1961, Henri de France, telah mereka sejenis sistem yang diberi nama SECAM (Sequentiel Couleur ŕ Memoire) di mana isyarat krominens dipancarkan mengikut aturan , garisan demi garisan dengan menggunakan modulasi frekuensi.

Pada tahun 1963, Dr. Waiter Bruch, dari Germany, telah mencadangkan beberapa variasi kepada sistem NTSC yang dikenali sebagai PAL (Phase Alternating Loop). Ianya berbeza sedikit dengan sistem NTSC di mana salah satu komponen krominens telah disongsangkan dan ini dapat mengatasi ralat pada fasa isyarat yang masuk ke penerima secara automatik.

Sistem NTSC digunakan di Utara dan Selatan Amerika, Jepun dan di Carribean. Ianya dipancarkan pada sistem garisan 525.

Sistem SECAM pula digunakan di Perancis, Belgium dan Russia. Perkataan SECAM dari bahasa Perancis menerangkan pemancaran isyarat secara berturut-turut dengan menggunakan litar bersepadu yang menyimpan maklumat iaitu ‘memory device’. Ianya dipancarkan pada sistem garisan 625.

Sistem PAL digunakan di Britain , Ireland dan juga di Malaysia. Ianya dipancarkan pada sistem garisan 625.

1