Isi Pelajaran - Penghasilan Gambar
2 min
  Bagaimanakah mesin fotostat menghasilkan gambar? Melalui gabungan titik-titik serbuk toner.
10 min
  Sistem TV Malaysia

Sistem pengimbasan yang digunakan TV Malaysia ialah berselang seli. Sistem warna ialah Phase Alternate Line (PAL). Terdapat 2 julat yang digunakan di Malaysia sebagai sistem pancaran iaitu Very High Frequency (VHF) dan Ultra High Frequency (UHF). Julat yang digunakan akan menentukan jenis antenna yang diperlukan. Elemen antenna VHF lebih panjang berbanding UHF. Didalam julat VHF terdapat 2 jalur iaitu jalur 1 dan jalur III. Bagaimanapun bermula pada tahun 2003 julat frekuensi yang digunakan untuk setiap saluran ialah UHF. Saluran RTM1, RTM2, TV3, NTV7 dan 8TV menggunakan julat UHF. Setiap saluran TV mempunyai lebar jalur 7MHz. Modulasi yang digunakan untuk video ialah AM manakala suara FM. 

 

Di antara sistem-sistem yang digunakan di dunia termasuklah NTSC (National Television Standard Committee), SECAM (Sequential A Memoire) dan PAL (Phase Alternating Line). Sistem NTSC digunakan di bahagian Utara dan Selatan Amerika, Jepun dan Kepulauan Carribean. Ianya dipancarkan pada sistem garisan 525. Sistem SECAM digunakan di Perancis, Belgium, Russian dan lain-lain negara. Perkataan SECAM adalah daripada sebutan Perancis yang menerangkan bahawa pemancaran signal secara berturutan dengan penggunaan litar bersepadu yang menyimpan maklumat (Memory Device). Ianya dipancarkan pada sistem garisan 625. Sistem PAL (Phase Alternating Line) atau Garisan Ubahan Fasa digunakan di Britain, Ireland dan juga Malaysia. Ia dipancarkan pada sistem garisan 625. 

20 min
  Penghasilan Gambar
  1. Gambar yang terhasil pada layar tv sebenarnya adalah kesan alur elektron yang tertumpu pada titik-titik fosfor.  Terdapat 3 alur elektron yang berwarna merah, hijau dan biru. Perbezaan cahaya yang terpancar melalui senapang elektron inilah yang menghasilkan variasi warna seperti yang dilihat. 
 
  1. Proses penghasilan sekeping gambar memerlukan 625 garisan. Garisan ini akan bergerak dari kiri ke kanan dan atas ke bawah. Pada garisan ini jugalah terdapat titik-titk yang merupakan elemen imej. Bagi menghasilkan pengimbasan ufuk yang bersih ia memerlukan sebanyak 15625 garisan sesaat. Bilangan garisan ini digunakan pada bahagian ufuk sebagai frekuensi iaitu 15625Hz.
 
  1. Untuk meghasilkan gambar yang bergerak tv memerlukan 50 keping gambar dalam masa sesaat. Bilangan kepingan gambar inilah yang diambil oleh bahagian tegak sebagai frekuensi iaitu 50Hz. Komponen yang memesongkan alur elektron kekiri kekanan dan keatas kebawah ialah gegelung pesongan yang terdapat pada leher tiub gambar.
 

  Kerlipan
  1. Untuk mengelakkan berlaku kerlipan pada paparan tv bilangan garisan mengufuk dibahagikan kepada 2 (625/2 = 312.5). Ini akan menghasilkan pengimbasan garis ganjil (312.5 pertama) dan garis genap (312.5 kedua). Imbasan garis ganjil yang lengkap (312.5) dinamakan medan ganjil, manakala imbasan garis genap yang lengkap (312.5) dinamakan medan genap.
  2. Apabila imbasan ufuk terbahagi kepada 2 maka medan juga akan berubah menjadi 25 medan (x 2) daripada 50 medan sesaat.
8 min
  Latihan
  1. Terangkan bagaimana sesuatu imej boleh dipaparkan pada layar tv.
  2. Nyatakan komponen yang memesongkan alur elektron.
         
1