Isi Pelajaran - Bahagian Penala
2 min
Bagaimanakah litar penala tv National Panasonic?
10 min
 

         

 

Fungsi Penala

 
  1. Mengurangkan kesan hingar.
  2. Membesarkan isyarat Video Rencam.
  3. Melakukan proses pemilihan siaran.
  4. Mengurangkan ayunan sinaran.
  5. Menghasilkan frekuensi Pengayun Tempatan.
  6. Melakukan proses pencampuran antara isyarat FR dan Pengayun.
  7. Menghasilkan isyarat Frekuensi Pertengahan Video (VIF).
  Kendalian Blok
 
  1. Isyarat yang diterima dari peringkat antena ditapis dengan litar penapisan halus untuk mengelakkan kesan hingar.
  2. Penguat Frekuensi Radio akan menguatkan isyarat yang dipilih dimana setiap satu siaran mempunyai 7MHz lebar jalur.
  3. Semasa proses pemilihan siaran frekuensi Penyagun Tempatan juga akan berubah kerana ia bergu dengan peringkat Penguat Frekuensi Radio. Pada peringkat pengayun tempatan juga terdapat litar talaan frekuensi halus (AFT) yang bertujuan mengawal nilai frekuensi supaya tepat untuk mendapatkan bezaan warna yang tepat.
  4. Isyarat yang telah dikuatkan dan nilai frekuensi tempatan akan dicampurkan pada peringkat pencampur.
  5. Isyarat video rencam yang telah diubah nilai frekuensinya menjadi nilai frekuensi pertengahan akan dihantar ke bahagian Frekuensi Pertengahan Video.
10 min
 

Terdapat 3 peringkat yang terdapat pada bahagian penala iaitu Peringkat Penguat Frekuensi Radio, Pengayun dan Pencampur. Isyarat VHF dan UHF ditala pada peringkat yang berasingan. Jenis penala yang digunakan TV antaranya:

  1. Gelendong (turret)
  2. Suis (wafer switch)
  3. Elektronik
  4. Terus
         
  Latihan
  1. Lakarkan gambarajah blok penala.
  2. Terangkan kendalian blok bahagian penala UHF.
         
1