Isi Pelajaran - Isyarat Video Rencam
2 min
  Bagaimana rupa bentu gelombang tv?
15 min
 
 
  1. Isyarat ini akan terhasil pada keluaran pengesan video apabila bar warna dipancarkan. 
  2. Isyarat yang diterima pada bahagian penala adalah dalam bentuk Modulatan Amplitud. Ini bermakna maklumat gambar adalah peka pada perubahan nilai amplitud sama seperti maklumat radio AM. 
  3. Semakin hampir amplitud maklumat gambar pada denyut padaman semakin hitam gambar tersebut sebaliknya semakin jauh amplitud pada puncak denyut padaman gambar semakin cerah. 
  4. Letusan warna diletakkan pada denyut padaman untuk mengelakkan gangguan pada gambar. Letusan warna membawa maklumat warna pada sesuatu gambar. 
  5. Semasa denyut padaman proses surih balik berlaku dan semasa maklumat gambar proses surih berlaku. 
  6. Proses surih dan surih balik diseragamkan oleh denyut segerak supaya tetap iaitu 50 kerangka dan 15625 garisan sesaat. Maklumat surihan yang dilihat pada tv adalah titik-titik elektron yang dipancarkan pada layar fosfor didalam tiub gambar.
15 min
  Maklumat Gambar

Mempunyai maklumat-maklumat gambar dalam bentuk perubahan amplitud. Semakin tinggi amplitud semakin putih gambar yang dihasilkan dan semakin rendah nilai amplitud semakin gelap.Semasa maklumat gambar senapang elektron yang terdapat pada tiub gambar akan melalukan surih (alur bergerak dari kiri ke kanan). Semasa surih, tiub gambar akan memaparkan isyarat tersebut dan isyarat tersebut dapat dilihat. Gambar yang dilihat pada tv pada asasnya adalah dari kepingan-kepingan gambar. Kepingan gambar itu dinamakan kerangka atau frame. Didalam satu saat sebanyak 50 keping gambar diperlukan untuk menghasilkan gambar bergerak yang linar. Unsur gambar adalah dalam bentuk titik-titik. Oleh kerana senapang elektron bergerak dalam bentuk alur kekiri dan kekanan maka titik-titik gambar itu dibawa oleh alur tersebut semasa surih. Pada satu kerangka terdapat 625 alur atau garisan. Untuk menghilangkan kesan kerlipan gambar maka satu kerangka dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu medan genap dan medan ganjil. Oleh itu, setiap satu medan mempunyai 312.5 garisan dan 25 keping gambar.

   

Denyut Padaman

Terdapat 2 jenis denyut padaman iaitu denyut padaman ufuk dan denyut padaman tegak. Selepas alur elektron melakukan proses surih alur tersebut perlu bergerak ketitik permulaan proses surih. Pergerakan ini dinamakan surihbalik (alur bergerak dari kanan ke kiri). Semasa proses surihbalik tiada maklumat gambar, oleh itu semasa itu warna hitam diperlukan supaya ia tidak kelihatan pada skrin tv. Denyut padaman akan membekalkan kesan hitam tersebut semasa surihbalik. Denyut padaman ufuk akan memberikan amplitud gelap semasa surihbalik ufuk sementara denyut padaman tegak akan memberikan amplitud gelap semasa surihbalik tegak.

   

Denyut Segerak

Memberikan isyarat keseragaman bahagian ufuk dan tegak supaya maklumat-maklumat gambar terletak pada medan masing-masing. Ini bagi memastikan kepingan gambar yang dipaparkan tetap pada skrin tv. Sekiranya segerak tegak tidak beroperasi gambar pada tv akan berguling. Sekiranya segerak ufuk tidak beroperasi gambar pada tv akan koyak.

   

Letusan Warna

Mempastikan perbezaan warna sama seperti pemancar. Maksudnya biru yang terdapat pada langit dan bukannya awan. Kawalan ini berdasarkan pada fasa-fasa campuran warna.

8 min
  Latihan
  1. Lakarkan isyarat video rencam semasa isyarat bar warna dipancarkan.
  2. Nyatakan fungsi elemen berikut:
    1. Denyut padaman.
    2. Denyut segerak.
 

 

1