Isi Pelajaran - Tiub Gambar Sinar Katod | ||||
2 min | ||||
Bagaimanakah imej boleh dipaparkan pada tiub gambar? | ||||
10 min | ||||
Tiub Gambar adalah komponen yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya. Terdapat berbagai-bagai jenis tiub gambar digunakan mengikut kegunaannya. Didalam tv terdapat 2 jenis yang digunakan iaitu monokrom dan warna. Perbezaan yang paling ketara diantara keduanya ialah bilangan senapang elektron. Tiub gambar tv monokrom mempunyai 1 senapang elektron manakala tiub gambar tv warna mempunyai 3 senapang elektron. | ||||
|
||||
Tiub Gambar juga dikenali sebagai Tiub Sinar Katod (TSK) atau Cathode Ray Tube (CRT). Voltan pada katod menentukan kecerahan pada layar. Antara kegunaan tiub gambar ialah pada osiloskop, iaitu alat ujian yang digunakan untuk menguji rupabentuk gelombang didalam litar elektronik. Didalam televisyen terdapat 2 jenis tiub gambar iaitu analog dan digital. Komputer menggunakan 3 jenis tiub gambar iaitu analog, Super Video Grafik Array dan Liquid Crystal Display. | ||||
Untuk menghasilkan gambar pada tiub gambar beberapa elemen-elemen disusun mengikut struktur yang tertentu. Elemen yang digunakan ialah senapang elektron, anod, grid kawalan, gegelung pesongan ufuk dan tegak, topeng bayang dan layar fosfor. Didalam tiub yang digunakan adalah bebas dari sebarang gas. | ||||
20 min | ||||
Tiub Gambar televisyen warna mampu mengeluarkan cahaya yang berwarna. Didalam tiub gambar tidak terdapat sebarang gas. Terdapat 3 senapang elektron dan 3 warna fosfor pada layar televisyen. | ||||
|
||||
Fungsi Elemen
|
||||
Kendalian Tiub Gambar
|
||||
8 min | ||||
Latihan
|
||||