Isi
Pelajaran - Pengesan Video |
|
2
min |
|
Bagaimanakah
isyarat video rencam dikesan? |
|
10
min |
|
|
|
Bahagian Pengesan Video merupakan bahagian yang
mengesan semula isyarat video rencam dan membuang isyarat pembawa. Proses
DeModulasi akan dilakukan pada peringkat ini, dimana hanya isyarat
maklumat video sahaja akan dilepaskan. Komponen aktif yang digunakan ialah
diod. Peringkat pengesan video tv monokrom dan pengesan
video tv warna mempunyai konsep
yang hampir sama. Yang membezakan keduanya adalah bentuk gelombang. Litar
pengesan video tv warna mempunyai perangkap kroma 4.43MHz dan FP Bunyi
5.5MHz. Fungsi bahagian ini ialah |
|
- Mengesan isyarat video rencam.
- Menentukan kekutupan isyarat video rencam.
- Memerangkap IF bunyi 5.5MHz.
- Memerangkap isyarat kroma 4.43MHz.
- Melakukan proses DeModulasi.
- Memicu isyarat video rencam.
- Memberikan arus ke peringkat KGA.
|
|
20
min |
|
Fungsi Komponen
-
D1 - Penerus separuh negatif.
-
L1C1 - Membenarkan isyarat 5.5MHz melaluinya.
-
L2C2 - Menolak isyarat 5.5MHz melaluinya.
-
Pemicu - Memicu isyarat video rencam negatif.
-
L3C3 - Memilih isyarat kroma 4.43MHz.
|
|
|
Kendalian
-
Isyarat VIF
akan diterusuai oleh diod D1. Oleh kerana masukan isyarat pada katod
D1 maka keluaran diod akan berkekutupan negatif.
-
Ini berlaku
kerana katod hanya membenarkan voltan kekutupan negatif melaluinya.
Terdapat 2 litar perangkap frekuensi iaitu salun siri dan salun
selari. Litar salun siri akan memberikan galangan yang rendah pada
frekuensi 5.5MHz yang akan menyebabkan frekuensi tersebut melaluinya
untuk disuapkan ke peringkat Pengesan Bunyi. Sebaliknya litar salun
selari akan memberikan galangan yang tinggi pada frekuensi 5.5MHz yang
akan menyebabkan ia tertahan dari melaluinya. Ini bertujuan menghalang
gangguan FM terhadap gambar yang akan disuapkan keperingkat penguat
video.
-
Isyarat video
rencam akan dipicukan oleh litar penguat. Apabila isyarat video rencam
rendah maka aras keluaran AT akan menjadi rendah, sebaliknya apabila
isyarat video rencam tinggi aras keluaran AT akan tinggi. Hasil
keluaran aras AT ini akan menentukan arus suapbalik yang digunakan
oleh litar Kawalan Gandaan Automatik. L3C3 akan memerangkap isyarat
kroma 4.43MHz untuk disuapkan ke peringkat warna. Isyarat yang lain
akan disuapkan ke bahagian kecerahan (lar).
|
|
8
min |
|
Latihan
- Nyatakan komponen yang
digunakan sebagai pengesan.
- Nyatakan komponen yang
menentukan kekutupan isyarat video rencam.
|
|