Isi Pelajaran - Penguat Video
2 min
  Bagaimanakah cara untuk mendapatkan gambar yang terang?
20 min
 
 

Bahagian Penguat Video merupakan beberapa rangkaian litar penguat yang mampu menghasilkan keluaran sehingga 100Vpp gelombang video. Terdapat 2 jenis kekutupan isyarat video iaitu kekutupan negatif dan kekutupan positif. Kebanyakan sistem tv malaysia menggunakan kekutupan segerak negatif, oleh itu keluaran penguat video harus berkekutupan negatif. Bilangan penguat yang digunakan oleh bahagian penguat video bergantung kepada keperluan penerima tersebut. Contoh yang diberikan menggunakan 3 peringkat penguat. Peringkat talian lengah hanya ada pada penerima tv warna. TV monokrom tidak menggunakan peringkat talian lengah. Keluaran penguat video merupakan isyarat LAR (Y) yang merupakan maklumat gambar yang tidak mempunyai warna, ia hanyalah gambar mengikut nisbah kecerahan dan bezajelas gambar. Nilai aras AT dari gelombang keluaran penguat video akan dicampurkan di peringkat matrix sebelum ke grid kawalan di tiub gambar. Fungsi bahagian penguat video ialah:

 
  1. Membesarkan isyarat video.
  2. Menentukan bezajelas gambar.
  3. Menentukan tahap kecerahan gambar.
  4. Menentukan arus alur elektron didalam tiub gambar.
  5. Menetapkan masa isyarat Y supaya tiba serentak dengan isyarat warna pada tiub gambar.
10 min
 

Komponen aktif yang digunakan sebagai peranti penguat seperti transistor atau ic. Litar tv monokrom banyak menggunakan transistor kerana kosnya yang rendah manakala litar tv warna banyak menggunakan ic, namun begitu ada juga tv warna yang menggunakan transistor.

8 min
  Latihan
  1. Nyatakan faktor yang menentukan kekutupan isyarat video rencam.
  2. Lakarkan gambarajah blok penguat video.
 
1