Isi Pelajaran -
Bahagian Warna |
|
2 min |
|
|
|
|
|
Bagaimanakah warna boleh terhasil? |
|
10 min |
|
Istilah
Warna |
|
- HUE - Warna sebenar atau
ketulenan yang dikesan oleh mata.
- KETEPUAN - Banyaknya hue sesuatu
warna dicampurkan dengan cahaya putih. Dalam sistem tv warna kawalan
kecerahan mengawal amaun cahaya putih yang dicampurkan pada gambar yang
ditunjukkan pada layar. Jika nilai cahaya putih yang dicampurkan tinggi,
maka warna akan menjadi lemah. Sebagai contoh warna merah akan menjadi
merah jambu jika dicampurkan dengan cahaya putih.
- KECERAHAN - Keamatan cahaya
berhubung dengan sesuatu warna yang berkaitan. Bagi sistem tv warna
kecerahan dikaitkan dengan luminance (Y). Fungsi kawalan kecerahan
ialah mengawal pincang voltan AT penguat video Y yang digandingkan ke
senapang elektron.
- KROMA - Menentukan hue dan
ketepuan sesuatu warna. Frekuensi isyarat kroma bernilai 4.43MHz
dipancarkan bersama sub pembawa. Isyarat kroma perlu dicampurkan dengan
isyarat Y bagi menghasilkan warna merah, hijau dan biru.
|
|
20 min |
|
Gambarajah Blok |
|
|
|
|
Penguat Kroma |
|
|
|
|
- Mempunyai beberapa peringkat yang
tertala kepada 4.43MHz.
- Mempunyai lebar jalur 2 MHz.
- Masukannya ialah isyarat video
rencam.
- Kawalan warna berfungsi mengawal
ketepuan dengan mengawal ketinggian amplitud isyarat kroma.
- Kawalan Warna Automatik
(ACC) berfungsi mengwal amplitud agar sentiasa sama walaupun masukan
dari penguat video berubah-ubah.
- Kawalan tint berfungsi mengawal
fasa kroma.
- Pemati Warna berfungsi
menghilangkan gangguan warna pada layar semasa tv menerima siaran
monokrom. Ia dilakukan dengan membuang voltan pincang AT penguat kroma.
- Mengawal gandaan penguat
dengan mengubah pincang ACC.
- Mengubah amplitud isyarat
kroma yang digandingkan dari satu peringkat penguat kroma ke satu
peringkat penguat kroma yang lain.
|
|
|
|
|
|
|
Suis PAL |
|
|
|
|
- Fungsinya menetapkan fasa
isyarat V agar sentiasa berkeadaan R-Y.
- Dioperasikan samada secara
langsung atau melalui rujukan denyut surihbalik.
- Masukannya ialah isyarat
pengayun sub pembawa warna 4.43MHz, Pembanding Fasa ( Voltan AT yang
mengawal suis on off - 128µS ) dan denyut terbang balik (64µS).
|
|
|
|
|
|
|
Penyahmodulat
Warna |
|
- Terdapat 2 peringkat iaitu R-Y
dan B-Y. Keduanya mendapat isyarat masukan kroma 4.43MHz dan pengayun
sub pembawa.
- Fungsinya mengesan frekuensi
bezaan isyarat kroma dengan frekuensi sub pembawa ( bezaan fasa ).
- Frekuensi penyahmodulat R-Y dan
B-Y adalah sama tetapi mempunyai perbezaan fasa sebanyak 90o.
- Kedua-dua isyarat R-Y dan B-Y
akan dicampurkan bagi menghasilkan isyarat G-Y ( warna promer).
- Isyarat R-Y, B-Y dan G-Y akan
dicampurkan didalam peringkat MATRIKS bagi menghasilkan
campuran-campuran warna asal seperti di pemancar sebelum dihantar ke
litar CRT bersama isyarat Y.
|
|
8
min |
|
Latihan
- Lukiskan gambarajah blok
bahagian warna.
- Terangkan kendalian blok.
|
|
|
|
|
|