BULETIN SMK PEKAN BARU MUAR 1998
BERSARA
Pada 1 Julai 1998, genap 55 tahun Tuan Hj. Hussin bin Hj. Ismail (P.I.S) berkhidmat sebagai pendidik. Bermula dari tahun 1974, Tuan Hj. Hussin telah berkhidmat dibeberapa buah sekolah di sekitar negeri Johor. Sebelum melangkahkan kaki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru Muar, beliau telah menjadi Pengetua dibeberapa buah sekolah di Muar seperti di SMK Bukit Gambir, SMK Seri Menanti, SMK Bandar Mas Kota Tinggi dan berakhir khidmatnya di SMK Pekan Baru Muar.
Pada 16.11.1994, Tuan Hj. Hussin telah dipindahkan dari SMK Bandar Mas Kota Tinggi ke SMK Pekan Baru Muar. Semasa di SMK Pekan Baru Muar, beliau telah membuat beberapa perubahan dari segi pentadbiran. Antara hasil perubahan itu ialah seperti mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM serta dalam bidang kokurikulum..
Semasa hari persaraannya, pihak sekolah telah mengadakan sambutan secara besar-besaran. Antara sambutannya seperti bicara bersama ayahanda di sebelah pagi. Selepas rehat, pihak sekolah telah menjemput Guru Besar sekolah rendah yang berhampiran, AJK Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Daerah Muar dan AJK PIBG. Dalam ucapannya, beliau menyatakan begitu bangga menjadi pendidik kerana dapat melahirkan anak didik yang berjaya. Selepas itu para tetamu serta guru-guru SMK Pekan Baru menjamu selera di dewan B.
Hujan renyai turut mengiringi perpisahan Pengetua. Sepanjang perjalanan ke pintu utama sekolah, beliau sempat bersalaman dengan semua guru dan juga pelajar. Sebelum menaiki kereta Mercedes yang bernombor JEM 76, beliau melambaikan tangannya ke arah semua penghuni SMK Pekan Baru.
SELAMAT BERSARA
| Laman Utama | Buletin |