1. Pengenalan
2. Masalah-masalah yang dihadapi oleh IPv4
2a) Saiz alamat
2b) Format header
2c) Kefleksibelan pengalamatan
2d) Keupayaan keselamatan
2e) Servis rangkaian
3. Pengenalan kepada IPv6
4. Penyelesaian bagi IPv4 melalui IPv6
4a) Meningkatkan/menambah keupayaan saiz pengalamatan
4b) Penakrifan jenis alamat baru yang dikenali sebagai "anycast"
4c) Memudahkan format header
4d) Meningkatkan sokongan untuk penambahan dan pilihan
4f) Keupayaan authentikasi dan privasi
5. Kesimpulan
Rujukan
1. PENGENALAN
Semua aplikasi Internet bergantung kepada protokol TCP
(Transmission Control Protocol) dan UDP (Unit Data Protocol).
Sementara itu TCP dan UDP pula bergantung kepada IP (Internet
Protocol). IP menyatukan pelbagai koleksi hos, LAN (Local Area
Network) dan WAN (Wide Area Network) kepada rangkaian maya
tunggal yang besar. Tanpa IP, Internet yang kita kenali sekarang
ini tidak akan wujud.
Internet Protocol (IP) adalah satu cara atau protokol untuk
menghantar data dari satu komputer ke satu komputer yang lain
melalui Internet. Data yang dihantar adalah dalam bentuk paket.
IP hanya menghantar data. IP adalah protokol yang
"connectionless", iaitu tiada sambungan yang tetap di
antara titik akhir yang berkomunikasi. Setiap paket yang melalui
Internet dianggap sebagai satu unit atau data yang bebas tanpa
mempunyai kaitan dengan unit data yang lain. Di dalam model
komunikasi Open Systems Interconnection (OSI), IP berada pada
lapisan ke-3, iaitu lapisan Networking. Versi IP yang popular
pada masa sekarang adalah Internet Protocol Version 4 (IPv4).
Tetapi IP versi terbaru iaitu IP version 6 (IPv6) mula
menggantikan IPv4. Ini kerana terdapat beberapa masalah dalam
IPv4 seperti masalah kekurangan ruang bagi pengalamatan. Di dalam
sesi yang seterusnya akan dibincangkan masalah-masalah yang
dihadapi oleh IPv4. Sebagai penyelesaian kepada masalah ini IPv6
telah mengantikan IPv4 di mana IPv6 meningkatkan keupayaan IPv4
dan banyak tambahan dibuat kepada IPv6 ini. Kelebihan IPv6 akan
dibincangkan kemudian.
Aplikasi
|
telnet,
ftp
|
Tftp, SNMP, PING |
|
Transport
|
TCP
|
UDP
|
|
Network
|
IP, ICMP
|
ARP, RARP
|
Physical
|
Ethernet, Token Ring, FDDI, X.25, FR, ATM
|
Rajah di atas menunjukkan kedudukan IP iaitu
pada lapisan ke-3 (lapisan network)
2. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH IPv4
2a) Saiz alamat
- Setiap mesin yang disambungkan kepada Internet mesti
mempunyai alamat yang unik. IP yang digunakan sekarang
iaitu IPv4 menggunakan alamat 32-bit. Secara teori,
32-bit menghasilkan banyak alamat (lebih dari 4 billion),
tetapi secara praktiknya, hanya sebahagian kecil alamat
yang boleh digunakan. Internet mengalami perkembangan
secara exponen iaitu secara berganda-ganda. Dalam Januari
1993, terdapat hampir 1.3 juta mesin; pada Januari 1996
jumlah itu mencecah angka 9.5 juta. Perkembangan ini
menyebabkan kehabisan ruang alamat bagi IP
"unicast'. Pada abad yang akan datang akan
tiada lagi alamat.
2b) Format Header
- Format header bagi IPv4 adalah
"variable-length" dan header bersaiz 20 oktet.
Header optional akan diperiksa terlebih dahulu oleh
router dala laluan paket dan ini menyebabkan proses
router bagi IPv4 menjadi lambat.
2c) Kefleksibelan pengalamatan
- IPv4 menyediakan perkhidmatan pengalamatan unicast yang
terbaik : alamat yang tunggal bertindakbalas kepada hos
tunggal. Tetapi bagi pengalamatan jenis lain, IPv4 tidak
dapat menyokongnya kerana saiz alamat yang terhad iaitu
32-bit dan juga kerana tiada persediaan yang dibuat bagi
sesetengah mod pengalamatan. Internet global routing yang
berasaskan alamat 32-bit bagi IPv4 telah menjadi
bertambah tegang. Alamat IPv4 tidak menyediakan
fleksibiliti yang cukup untuk membina hierarki yang
efisien yang mana boleh diagregatkan. Jika routing IPv4
boleh di besarkan untuk menyokong sepenuhnya Internet
IPv4, Internet masih lagi kehabisan nombor bagi network.
2d Keupayaan keselamatan
- IPv4 tidak mempunyai sifat semulajadi yang menyokong
keselamatan, mobiliti ataupun aliran trafik. IPv4 tidak
menyediakan keupayaan keselamatan selain daripada label
keselamatan optional. Walaupun keselamatan hujung ke
hujung (end-to-end) boleh disediakan dalam level aplikasi
yang menyokong untuk penetapan servis keselamatan level
IP di mana semua aplikasi boleh menggunakannya tanpa
menyediakan ciri-ciri keselamatan dalam aplikasi
tersebut.
2e) Servis rangkaian
- IPv4 menyediakan bantuan yang minima bagi menyokong
servis masa-sebenar dan mengspesifikasikan keutamaan
level untuk menentukan strategi yang tidak berguna dalam
keadaan yang sesak.
3. PENGENALAN KEPADA IPv6
Internet Protocol Version 6 (IPv6)
Internet Protocol Version 6 (IPv6) adalah versi terbaru bagi
Internet Protocol (IP) dan ianya merupakan sokongan kepada banyak
produk termasuk sistem pengendalian komputer yang besar. IPv6
juga dikenali sebagai "IPng" (IP Next Generation).
IPv6, adalah set spesifik daripada Internet Engineering Task
Force (IETF). IPv6 dibina sebagai set evolusi pembaharuan kepada
IPv4 yang ada sekarang. Hos network dan nod pertengahan samada
bagi IPv4 ataupun IPv6 boleh mengendalikan packet yang di format
samada peringkat Internet Protocol. Pengguna dan pembekal servis
boleh mengemaskinikan kepada IPv6 secara bebas tanpa perlu
mengkoordinat antara satu sama lain.
4. PENYELESAIAN BAGI IPv4 MELALUI IPv6
Tujuan pembinaan IPv6 adalah bukannya untuk mengambil alih
IPv4. Fungsi yang ada dalam IPv4 di kekalkan dalan IPng. Fungsi
yang tidak memenuhi keperluan dikeluarkan dan perubahan telah
dibuat untuk menjadikannya lebih baik.
Penyelesaian yang wujud dalam IPv4 telah diatasi dalam IPv6.
Disamping itu juga terdapat beberapa tambahan ciri-ciri yang
dirsakan perlu untuk keperluan IP pada mas kini telah dibuat.
Perubahan dari IPv4 kepada IPv6 dibahagikan kepada beberapa
kategori:-
4a) Meningkatkan/menambah keupayaan saiz pengalamatan
- Ini adalah perubahan yang paling ketara sekali dalam
IPv6. IPv6 meningkatkan saiz alamat IP daripada 32 bit
kepada 128 bit untuk menyokong lebih peringkat hierarki
pengalamatan. Ini bermakna lebih banyak jumlah nod yang
boleh dialamatkan, auto-konfigurasi untuk pengalamatan
yang mudah.
4b) Penakrifan jenis alamat baru yang dikenali sebagai
"anycast"
- Skala multicasting routing diperbaiki dengan menambah
skop kawasan. Alamat jenis ini dipanggil sebagai
"anycast address" yang digunakan untuk
menghantar paket kepada setiap ahli dalam kumpulan di
dalam nod. Pengenalan kepada alamat "anycast"
yang meyediakan kemungkinan menghantar data kepada
sebahagian gateway yang mungkin dengan tujuan satu
daripada mereka boleh mengendalikan penghantaran paket
kepada yang lain. Mesej "anycast" boleh
digunakan untuk mengemaskini "routing table" di
sepanjang garisan. Penggunaan "anycast address"
dalam IPv6 membolehkan nod mengawal laluan bagi aliran
trafik. IPv6 menjelaskan peraturan bagi 3 jenis
pengalamatan : unicast (hos tunggal kepada satu hos yang
lain), anycast (hos tunggal kepada multiple hos yang
berdekatan), dan multicast (hos tunggal kepada multiple
hos).
4c) Memudahkan format header
- Sebahagian kawasan header bagi IPv6 telah dikurangkan
daripada IPv4 , untuk mengurangkan kes-kes biasa yang
melibatkan kos proses pengendalian paket dan untuk
menghadkan tambahan kos bandwidth bagi header IPv6,
pemecahan dan pengumpulan semula dikodkan kepada sumber
dan destinasi. Beberapa pilihan bagi IPv6 diletakkan
berasingan dalam optional header dikedudukan antara
header IPv6 dan header transport-layer. Kebanyakan header
optional tidak diperiksa atau[un diproses oleh router
semasa laluan paket. Ini lebih memudahkan dan
mempercepatkan proses router bagi paket IPv6 berbanding
IPv4 datagram. Ini juga memudahkan penambahan kepada
pilihan tambahan.
versi
|
keutamaan |
Aliran label
|
Payload length
|
Header selepas
|
Hop limit
|
Sumber alamat
|
Destinasi alamat
|
Format header IPv6
4d) Meningkatkan sokongan untuk penambahan dan pilihan
- Penukaran di dalam cara header IP pilihan dikodkan bagi
membolehkan lebih banyak penghantaran yang lebih efisien,
kurang had peraturan ke atas pelbagai pilihan, lebih
fleksibel untuk memperkenalkan pilihan baru di masa
depan. Di antara pembaharuan adalah format yang lebih
fleksibel untuk memperkenalkan pilihan baru di masa
depan.
- Di bawah ini disenaraikan tambahan header yang telah
ditakrifkan:-
- Encapsulating security payload header
4e) Servis rangkaian
- Adalah mungkin untuk mengabungkan paket dengan sesetengah
kelas servis, mempersembahkan fungsi routing pada kelas
yang asas dan membenarkan rangkaian di sepanjang
perjalanan untuk menggunakan pengetahuan kelas ini.
Adalah penting untuk mempunyai kebolehan menyokong servis
masa-sebenar dan memspesifikkan level keutamaan untuk
mengenalpasti strategi yang tidak berguna dalam keadaan
yang sesak. Keupayaan yang baru ditambahkan untuk
membolehkan penglabelan paket yang dipunyai oleh sesuatu
aliran trafik bagi pengirim meminta pengendalian istimewa
seperti non-default quality daripada servis ataupun
servis masa sebenar (real-time service).
4f) Keupayaan authentikasi dan privasi
- IPv6 menyediakan lebih banyak keupayaan keselamatan. IPv6
memasukkan definisi tambahan untuk menyokong
authentikasi, integriti data dan (optional) kerahsiaan
data. Ini adalah termasuk elemen asas bagi IPv6 dan ianya
akan dimasukkan ke dalam semua pelaksanaan. IPv6
memasukkan ciri-ciri tambahan untuk menyokong
authentikasi, integriti data dan (optional) kerahsiaan
data. Ini adalah termasuk elemen asas bagi IPv6 dan ianya
akan dimasukkan ke dalam semua pelaksanaan. Kesemua
ciri-ciri ini boleh bergabung dengan ciri-ciri yang ada
dalam IPv4.
Interenet sekarang ini mengalami pelbagai
masalah keselamatan. Oleh itu IPv6 menyediakan 2 pilihan
untuk servis keselamatan. Mekanisme tersebut dikenali
sebagai
- "IPv6 Authentication Header" iaitu header
tambahan yang menyediakan authentikasi dan integriti
(tanpa kerahsiaan) kepada IPv6 datagram.
- "IPv6 Encapsulating Security Header" yang
menyediakan integriti data dan kerahsiaan kepada IPv6
datagram. Ia adalah lebih mudah dari protokol
keselamatan yang seiras dengannya (eg. SP3D, ISO
NLSP) tetapi masih lagi fleksibel dan bebas
algoritma.
KESIMPULAN
Internet Protocol (IP) telah menjadi tulang belakang kepada
Internet dan juga kesemua multivendor internetworks persendirian.
Protokol ini telah mencapai ke tahap akhir penggunaannya dan
protokol baru yang dikenali sebagai IPv6 (IP versi 6) telah
diperkenalkan untuk mengantikan IP. IP adalah protokol yang telah
ketinggalan dan banyak keperluan masa kini tidak dapat dipenuhi.
Oleh itu adalah wajar ntuk IPv6 dibangunkan untuk menutup
kekurangan dan melengkapkan keperluan masa kini. Aspek
keselamatan, kefleksibelan routing dan sokongan trafik telah
dibina dalam IPv6. IPv6 dibina untuk dilarikan dengan baik dalam
perlaksanaan rangkaian yang tinggi (eg. ATM) dan dalam masa yang
sama masih lagi berfungsi dalam rangkaian bandwidth yang rendah
(eg. Wireless). Sebagai tambahan IPv6 menyediakan platform untuk
fungsi Internet baru yang akan diperlukan di masa yang akan
datang.
RUJUKAN
[1] Teks Business Data Communications (William Stallings, Richard Van Slyke)
[2] Nota Kuliah (Mr.Phang)
[3] http://playground.sun.com/pub/ipng/html/INET-IPng-paper.html
[4] http://www.comsoc.org/pubs/surveys/stallings/stalling-orig.html
[5] RFC 1825
[6] RFC 1180
[7] RFC 1183
[8] RFC 1184
[9] RFC 1185