Bangunan sekolah yang indah tersergam
dihiasi dengan mural, menggambarkan cita-cita, semangat dan azam yang tinggi
di kalangan pelajar bagi mencapai kecemerlangan.
Model rumah tradisional Melayu Melaka
hasil titik peluh pekerja SMKDD membantu mengindahkan lagi suasana sekolah.
Pokok-pokok bunga tumbuh dengan pelbagai
flora menjamin satu suasana pembelajaran
yang kondusif bagi warga SMKDD.
Gelanggang serbaguna menyediakan kemudahan
bersukan kepada para pelajar. Otak yang cerdas datangnya daripada badan
yang sihat.
Kantin sekolah yang besar, bersih dan
kemas boleh membuka selera warga SMKDD apabila sampai ketikanya.
Tenaga pengajar SMKDD yang dedikasi
merupakan penggerak utama kejayaan SMKDD.
Penubuhan koperasi SMKDD pada 1997 memudahkan
para pelajar menikmati kemudahan membeli-belah dan memberi pendedahan asas
kepada pelajar tentang dunia peniagaan.