Sejarah Sekolah
Ikrar Sekolah
Falsafah Sekolah
Piagam Pelanggan
Lagu Sekolah
Pengertian Logo
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 

SEJARAH SEKOLAH



 
 
 

Nama asal Sekolah Menengah Kebangsaan Durina Daun (seterusnya SMKDD) ialah Sekolah Menengah Rendah 3 (SMR 3). Ia adalah salah satu daripada sekolah aneka jurusan yang diasaskan pada 21-1-1963.
Pada tahap permulaan, bilangan murid aliran Bahasa Malaysia yang datang dari sekolah lanjutan hanya 23 orang sahaja iaitu 8 orang dari Jkn. 3 dan 15 orang dari Jkn. 2. Sementara bilangan aliran Bahasa Inggeris ramai dan mereka adalah pelajar yang gagal peperiksaan LCE, 1964. Pada ketika itu, SMR 3 tidak mempunyai bangunannya sendiri. Justeru, ia menumpang di bangunan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka pada waktu petang. Pengetua yang pertama menerajui sekolah ini ialah Puan Ong Guat Lian dan beliau bersara daripada perkhidmatan ini pada September 1972 manakala penolong kanannya ialah PuanChan Ban Kee.
Pada pertengahan tahun 1966 SMR 3 bertukar tempat ke bangunan SMKDD sekarang. Murid-murid lelaki SMR 1 iaitu yang bertempat di SMDD pada ketika itu dipindahkan ke Batu Berendam (Sekolah Tun Mutahir).
Pada ketika itu pakaian seragam murid-murid ialah blaus dan pinofore hijau yang melambangkan nama kawasan terletaknya sekolah ini iaitu Durian Daun.
Pada 1-10-67 SMR 3 bertukar nama menjadi SMDD dan telah dirasmikan pembukaannya oleh YB Encik Mohd. Khir Johari, Menteri Pelajaran pada masa itu.
Pada awal tahun 1968, murid-murid aliran Melayu sekolah ini telah dipindahkan ke Sekolah Tun Tijah dan mengekalkan SMDD sepenuhnya berasaskan Bahasa Inggeris. Dalam peredaran masa, jelas kelihatan meningkatkan prestasi sekolah ini sama ada daripada segi bilangan murid, sukan mahupun akademik. Tahun demi tahun lulusan LCE sekolah ini ditempatkan ke Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dan berjaya mencapai kecemerlangan disalurkan ke sekolah-sekolah berasrama penuh seperti Kolej Tuanku Khursiah, Sekolah Menengah Sains dan Sekolah Politeknik Pulau Pinang. Ramai murid lepasan 1967 berjaya memasuki pusat-pusat pengajian tinggi.
Pengetua pertama Puan Ong Guat Lian yang membina kecemerlangan sekolah ini telah bersara pada 7-9-1967. Puan Ong Sek Lim (Penolong Kanan) telah memangku jawatan tersebut buat ketika itu.
Menjelang tahun 1973, SMDD telah memasuki era baru dengan mempunyai pengetua baru, Cik Alice Wee Siew Eng (PJK). Dua kelas Tingkatan 4 untuk murid-murid aliran sastera telah dibuka, manakala murid-murid aliran sains ditempatkan di Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dan kemudiannya ke Sekolah Tun Tijah.
Dalam tahun 1985, kelas aliran sainsTingkatan 4 telah dibuka di sekolah ini. Prestasi sekolah ini meningkat dari tahun ke tahun. Selain itu sekolah ini juga mencapai kejayaan dalam bidang ko-kurikulum.
Pada tahun 1996, SMDD pula dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Daun (SMKDD) apabila semua sekolah diarah menggunakan perkataan "Kebangsaan". Sejak itu, SMKDD telah berkembang dari segala aspek hinggalah ke hari ini.


Balik Ke Atas






Ikrar Sekolah


Bahawasanya kami, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Daun berikrar, akan belajar bersungguh-sungguh, akan melibatkan diri dalam semua aktiviti sekolah, akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk membina satu masyarakat sekolah yang dinamik dan akan patuh pada rukun-rukun sekolah :-
 
  1. Setia dan menjunjung tinggi prinsip-prinsip rukun negara.
  2. Mengamalkan sikap harmonis, bertimbang rasa, bersopan dalam usaha meninggikan imej sekolah
  3. Dedikasi, menghormati guru, ibu bapa dan rakan-rakan.
  4. Disiplin diri, berhemah tinggi, bersopan santun menjadi amalan hidup.

Balik Ke Atas






FALSAFAH SEKOLAH


Adalah menjadi tanggungjawab warga pendidik sekolah ini untuk menterjemahkan Falsafah Pendidikan Negara kepada realiti melalui proses pengurusan pendidikan, pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.


Balik Ke Atas






PIAGAM PELANGGAN


Kami Warga Pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Daun, Melaka dengan penuh azam akan berusaha menyediakan perkhidmatan dan pendidikan yang bermutu di sekolah ini.

Oleh itu kami berjanji :- 
 

  1. Menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dan kawasan sekolah yang kondusif agar seluruh warga sekolah ini merasa selamat dan harmonis.
  2. Memberi pendidikan yang bermutu dan seimbang dari semua aspek kepada semua pelajar secara adil melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  3. Menanamkan semangat muhibbah dan kekeluargaan yang tinggi di kalangan semua guru, kakitangan dan pelajar sekolah ini selaras dengan konsep "Perkhidmatan Penyayang" dan "Sekolah Penyayang".

  4. Menjalin hubungan yang mesra dan baik dengan ibu bapa dan masyarakat sekitar.

 
 

Balik Ke Atas
 
 


 
 

Lagu Sekolah
 
 

SMDD sekolah kita
mendukung cita-cita bangsa
ilmu dituntut setiap masa
untuk kejayaan hari muka

kita bergaul dan menghormati
sentiasa mengamal disiplin diri
prestasi baik dan lebih tinggi
inovatif dan berdedikasi

disiplin bersopan amalan kita
rajin tekun semat di dada
kami berjanji akan berusaha
pelajar SMDD tetap berjaya

pelajar SMDD tetap berjaya

 
 
 
 
 
 

Balik Ke Atas
 
 


 
 

Pengertian Logo Sekolah
 
 


Logo Sekolah

  1. Logo Sekolah berbentuk bujur yang mengandungi 5 bulatan di bahagian atasnya melambangkan Rukun Negara yang sentiasa dijunjungi tinggi.
  2. Simbol buku, atom, sesiku, sepanar dan pen melambangkan pelbagai bidang ilmu yang dituntut.
  3. ‘Usaha Dan Berbakti’ : moto sekolah.

  4. Logo Sekolah menggunakan 3 warna iaitu :-
 
  • Kuning (warna sekolah) melambangkan ketaatan dan kesetiaan kepada sekolah, agama, bangsa dan negara.
  • Hijau (warna sekolah) melambangkan sikap dan semangat pelajar yang sentiasa ‘subur’ dan ‘segar’ dalam menimba ilmu.
  • Jingga melambangkan kecemerlangan dan kegemilangan sebagai matlamat hidup pelajar.

 
Balik Ke Atas



 
 
 
 
 

 


Menu Utama
1