SEJARAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DURIAN DAUN
 
Nama asal Sekolah Menengah Kebangsaan Durina Daun (seterusnya SMKDD) ialah Sekolah Menengah Rendah 3 (SMR 3). Ia adalah salah satu daripada sekolah aneka jurusan yang diasaskan pada 21-1-1963.
Pada tahap permulaan, bilangan murid aliran Bahasa Malaysia yang datang dari sekolah lanjutan hanya 23 orang sahaja iaitu 8 orang dari Jkn. 3 dan 15 orang dari Jkn. 2. Sementara bilangan aliran Bahasa Inggeris ramai dan mereka adalah pelajar yang gagal peperiksaan LCE, 1964. Pada ketika itu, SMR 3 tidak mempunyai bangunannya sendiri. Justeru, ia menumpang di bangunan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka pada waktu petang. Pengetua yang pertama menerajui sekolah ini ialah Puan Ong Guat Lian dan beliau bersara daripada perkhidmatan ini pada September 1972 manakala penolong kanannya ialah Puan Chan Ban Kee.
Pada pertengahan tahun 1966 SMR 3 bertukar tempat ke bangunan SMKDD sekarang. Murid-murid lelaki SMR 1 iaitu yang bertempat di SMDD pada ketika itu dipindahkan ke Batu Berendam (Sekolah Tun Mutahir).
Pada ketika itu pakaian seragam murid-murid ialah blaus dan pinofore hijau yang melambangkan nama kawasan terletaknya sekolah ini iaitu Durian Daun.
Pada 1-10-67 SMR 3 bertukar nama menjadi SMDD dan telah dirasmikan pembukaannya oleh YB Encik Mohd. Khir Johari, Menteri Pelajaran pada masa itu.
Pada awal tahun 1968, murid-murid aliran Melayu sekolah ini telah dipindahkan ke Sekolah Tun Tijah dan mengekalkan SMDD sepenuhnya berasaskan Bahasa Inggeris. Dalam peredaran masa, jelas kelihatan meningkatkan prestasi sekolah ini sama ada daripada segi bilangan murid, sukan mahupun akademik. Tahun demi tahun lulusan LCE sekolah ini ditempatkan ke Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dan berjaya mencapai kecemerlangan disalurkan ke sekolah-sekolah berasrama penuh seperti Kolej Tuanku Khursiah, Sekolah Menengah Sains dan Sekolah Politeknik Pulau Pinang. Ramai murid lepasan 1967 berjaya memasuki pusat-pusat pengajian tinggi.
Pengetua pertama Puan Ong Guat Lian yang membina kecemerlangan sekolah ini telah bersara pada 7-9-1967. Puan Ong Sek Lim (Penolong Kanan) telah memangku jawatan tersebut buat ketika itu.
Menjelang tahun 1973, SMDD telah memasuki era baru dengan mempunyai pengetua baru, Cik Alice Wee Siew Eng (PJK). Dua kelas Tingkatan 4 untuk murid-murid aliran sastera telah dibuka, manakala murid-murid aliran sains ditempatkan di Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dan kemudiannya ke Sekolah Tun Tijah.
Dalam tahun 1985, kelas aliran sainsTingkatan 4 telah dibuka di sekolah ini. Prestasi sekolah ini meningkat dari tahun ke tahun. Selain itu sekolah ini juga mencapai kejayaan dalam bidang ko-kurikulum.
Pada tahun 1996, SMDD pula dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Daun (SMKDD) apabila semua sekolah diarah menggunakan perkataan "Kebangsaan". Sejak itu, SMKDD telah berkembang dari segala aspek hinggalah ke hari ini.
 
 
Email Me
 
 
 
 
  1