Sejarah Ringkas Sekolah Kebangsaan Pianggu ...

Sekolah yang pertama telah dibina pada tahun 1914 yang merupakan bangunan kayu di pinggir sungai. Bangunan asalnya merupakan pondok beratap nipah sahaja. Bangunan tambahan pula dibina atas kerjasama penduduk kampung secara gotong- royong. Jumlah pelajar pada asalnya adalah kira-kira 100 orang sahaja. Kemudian dibina pula sebuah bangunan papan, dua buah rumah guru dan sebuah perigi pada tahun 1955. Bagi menampung pertambahan murid, balairaya Kampung Pianggu terpaksa digunakan sebagai bilik darjah. ~ Rekod BluePrint

Pada tahun 1983, bangunan tambahan tiga tingkat telah siap dibina.

Pada tahun 1994, sebuah lagi bangunan tiga tingkat ditambah. Bangunan asal dahulu, diubahsuai sebagai bengkel Kemahiran Hidup, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Muzik dan Bilik Guru.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Pianggu berasal dari beberapa buah kampung:
  • Kampung Pianggu
  • Kampung Setajam
  • Kampung Mentara
  • Kampung Kasing
  • Kampung Lantang
  • Kampung Setajam

Sistem Pengangkutan Dahulu ...
Kawasan Kampung Pianggu ke Endau, Kuala Rompin dan Kuantan dikatakan sebuah pulau kerana perhubungan dan pengangkutan terpaksa melalui feri, bot dan perahu menggunakan sistem pengangkutan air.
Analisa Taraf Sosio-Ekonomi dan Kesihatan Pelajar dan Ibubapa ...
Berdasarkan maklumat yang diperolehi (borang kajian) taraf sosio-ekonomi penduduk amat rendah. 95% penjaga dan ibubapa berpendapatan RM 180.00 sehingga RM 200.00 sebulan. Kebanyakan penduduk kampung-kampung ini telah dikategorikan untuk Program Pembangunan Rakyat Termiskin atau PPRT.
Sumber Pendapatan ...
Keseluruhan penjaga dan ibubapa bergantung kepada hasil tahunan berteraskan padi, keladi, kebun, nelayan sungai dan dusun buah-buahan. Faktor ini memberi kesan yang mendalam terhadap pencapaian akademik, kerana kekurangan kemudahan pembelajaran dan rujukan, ketiadaan bekalan elektrik, sumber air yang bersih seperti paip dan jalanraya yang bertar.

1