SEKOLAH
KEBANGSAAN PARIT NAWI
84150 MUAR, JOHOR
Telefon : 06-9881892
Email : jba5047@tm.net.my
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini telah dibina oleh Tuan E.C.Hick
iaitu Pegawai Pentadbir Tentera British Muar pada 03Januari
1945. Bangunan sekolah telah dibuat oleh orang kampung secara gotong
royong dari sebuah bangunan yang dibeli dengan harga $400 melalui wang
derma orang ramai.
Bangunan terdiri daripada kayu tiang segi-beratapkan atap rumbia serta
berlantaikan batang pinang, berdindingkan papan dan kulit kayu.
Mengambil sempena nama Tokoh yang membuka kampong ini yang bernama Hj
Nawi . Beliau berasal dari Tanah Jawa.
Pada mula dibuka bilangan muridnya adalah seramai 100 orang dengan diajar
oleh 2 orang guru kerajaan. Pada tahun 1959,
sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan yang baru iaitu mengandungi
5 bilik darjah. Keadaan bangunan yang baru berlantaikan simen beratapkan
ardek.
Pada mula 1980, sekolah ini telah mendapat
bangunan baru iaitu satu blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 6 bilik
darjah, sebuah bilik perpustakaan, bilik guru, pejabat, tandas guru dan
murid lelaki serta perempuan.
Sehinggalah sekarang keadaan bangunan yang ada masih kekal dan hanya
diberi peruntukan baikpulih sahaja disamping sekolah telah mempunyai gelanggang
bola tampar, takraw dan badminton.
Kebanyakan murid berasal dari kawasan sekitar kira-kira 10
buah kampong yang terdiri daripada anak-anak petani dan bekerja
sendiri.
| Depan | Pentadbiran
| Guru dan Staf | Pencapaian
| Aktiviti | Enrolmen
| Laporan Panitia |