SEJARAH AWAL KAMPUNG MALUDAM
Kampung Maludam terletak di antara muara Sungai Batang Lupar dan Sungai Saribas dalam Bahagian Sri Aman. Kebanyakan penduduknya terdiri dan orang Melayu, Iban dan Cina. Pekerjaan utama penduduk Kampung Maludam ialah menjadi petani, nelayan, pembalak dan peniaga.
Bagaimana Maludam mendapat nama? Mengikut cerita orang-orang tua, penghuni yang pertama tinggal di sini ialah seorang berbangsa Iban. Pekerjaannya ialah mengambil ketam. Pada masa itu setiap orang yang lalu di muara sungai Maludarn akan terserempak dengan orang iban ini tadi. Akhirnya ada di antara mereka yang tertanya-tanya siapakah orang Iban itu. Ada di antara mereka yang tahu memberitahu bahawa beliau iaitu orang Iban tersebut bernama Maludam. Sejak dari itulah, kekal nama Kampung Maludam sehingga hari ini
Terdapat juga cerita lain mengenai nama Maludarn. Pernah suatu ketika, orang ke laut terserempak dengan seorang lelaki bernama Adam yang amat pemalu. Bila ia terpandang akan orang lain, lelaki ini akan bersembunyi di balik semak di muara sungai.. Sifatnya yang pemalu itu menjadi sebutan diringi namanya Adam. Sejak dari hari itu, maka disebutlah orang dengan nama Maludam hingga ke hari ini. Namun apa yang telah diceritakan itu adalah lagenda semata-mata.
Dalam tahun 1911, terdapat lima buah rumah yang terawal sekali dibina di Kampung MaIudam. Mereka yang mendiami rumah-rumah tersebut ialah Bandung b. Dagang, Adak b. Dagang, Kumat b. Dagang, Banun b Dagang dan Bangkang b. Katut. Kesernua mereka berasal dari Batang Rajang, Bahagian Sarikei. Mereka merupakan orang Melanau. Tidak bairanlah kebanyakan penduduk yang tinggal di Maludarn ini boleh berbahasa Melanau. Pekerjaan utama mereka ialah menjadi nelayan yang menangkap ikan menggunakan alat yang digeIar sebagai "Penggerih"
Sebelum ini penduduk Maludarn dapat melihat kapal-kapal atau perahu-perahu
layar bergerak di laut dari tepi pantai kampung ini. Tetapi sekarang ini
ia tidak dapat dilihat lagi kerana tebing-tebing sungai mula ditumbuhi
kayu "piapi" yang mana menghalang pemandangan tersebut.
KAMPUNG MALUDAM PADA MASA SEKARANG
Kampung Maludam telah mengalami pembangunan yang pesat. Pada tahun 1985, Kampung Maludam telah diiktiraf sebagai sebuah Daerah Kecil. Sehubungan dengan pengiktirafan tersebut beberapa kemudahan asas seperti sekolah, pondok polis, klinik desa, masjid, pasar, telefon, pa!p air, api eleiktrik dan sebagainya telah dibina.
Pembahagian Kampung Maludam adalah seperti Kampung Sungai Suak, Kampung Hilir, Kampung Tengah, Kampung Darat, Kampung Belakang Pasar, Kampung Masjid, Kampung Hulu, Kampung Seberang, Kampung Hulu Seberang beberapa buah perkampungan iban seperti Kampung Tanjung Balu, Kampung Sungai Daun, Kampung Sungai Molon dan Kampung Sungai Pedada. Menurut cerita orang, masyarakat iban yang mendiami Kampung Tangjung Balu adalah berasal dari Sungal Pisang, Lingga, Bahagian Sri Aman. Sementara di Kampung Seberang pula kebanyakan penduduknya adalah berasal dari Pusa, Saribas.
Pada tahun 1990 terdapat 4,000 orang penduduk yang tinggal di Maludam. DuIu, di sekitar kawasan SRB Chung Hua cuma terdapat sebuah rumah iaitu rumah En. Ibrahim yang berasal dari Kampung Tebelu, Sebuyau. Namun kini kawasan tersebut telab dipenuhi oleh rumah-rumah. Menurut sumber yang boleh dipercayai, kebanyakan penduduk yang tinggal di kawasan ini adalah mereka yang asalnya merantau. Penghijrahan tersebut berlaku kerana di Maludam terdapat sumber rezeki yang membolehkan mereka mencari pekerjaan yang dapat membiayai kehidupan mereka.
Di segi Sistem Pentadbiran pula, Maludam pada mulanya di bawah pentadbiran seorang Ketua Kampung iaitu Encik Andak b. Dagang. Beliau merupakan Ketua Kampung yang pertama di Maludam. Pada masa pemerintahannya, rumah di Maludam cuma berjumlah 20 buah sahaja. Setelah itu beliau diganti oleh Encik Abeng b. Arnit dan diikuti pula oleh Syed Akil b. Syed SaIIeh. En. Syed Akil b. Syed Salleh dikatakan berasal dari Simariggang (sekarang digelar Bandar Sri Aman). Pada tahun 1967, Encik Eni b. Abeng telah dilantik sebagai Penghulu Kampung Maludam yang pertama manakala Ketua Kampung pula ialah Tuan Haji Nancy b. Bam.
Setelah Maludam diiktiraf sebagai sebuah Daerah Kecil, seorang Pegawai Tadbir telah dihantar ke sini. Pada tahun 1985 hingga 1986, Pegawai Tadbir di sini ialah Encik Abdul Rahman b. Mohamad. BeIiau merupakan Pegawai Tadbir Sarawak, Daerah Kecil Maludarn yang pertama. En. Aliasan b. Mohd Wasli pula telah memegang jawatan yang sama pada tahun 1987 hingga November 1989. Setelab itu jawatan tersebut dijawat pula oleh En. Philip Peter Salam. Pada masa perhidmatan beliau telah diwujudkan satu badan yang menjadi penggerak ke arah kemajuan dan keselamatan penduduk kampung. Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK Maludam. SeteIah itu beliau digantikan pula oleh En. Salbia b Iri. Oleh kerana kewibawaan beliau, ibubapa murid SRK Maludam telah melantik dan rnengangkat beliau menjadi Yang DiPertua Persatuan Ibubapa dan Guru semasa beliau berkhidmat di sini. Dan kini Pegawai Tadbir Sarawak, Daerab Kecil Maludarn yang telah menggantikan tempat belia ialah En. Juhairi b. Bujang.
Di samping itu, di kediaman masyarakat iban telah ada ketua masing-masing
bagi melicinkan lagi sistem pentadbiran di rumah-rumah panjang. Mereka
mempunyai Tuai Rumah masing-masing iaitu TR Buttor ak. Saban di Kampung
Tanjung Balu, TR Ancheh di Kampung Sungai Pedada, TR Mikai di Kampung Sungai
Molon, TR Akau di Kampung Sungai Daun. Tuai rumah inilah yang menjadi wakil
setiap rumah panjang di perkampung Iban tersebut.
PEKERJAAN PENDUDUK MALUDAM
Pada zaman dahulu pekerjaan awal yang dikesan di sini ialah menangkap ikan. Pada masa itu, alat penangkapan ikan yang digunakan dikenali sebagai "tagang, tusok, jermai, kilong, goret dan penggerih"
"Tagang" biasanya digunakan untuk menangkap ketam. Alat ini dibuat daripada buluh. Di tengah-tengahnya diletak umpan berupa ikan. Untuk menggunakannya, ia direndam ke dalam air. Ketam akan memakan umpan yang ada. Sekiranya tali sebagai penanda alat itu bergerak-gerak, menandakan terdapat ketam yang telah terperangkap dalam tagang itu.
"Tusok" pula adalah sejenis alat yang hampir sama dengan 'bubu" yang berbentuk kon. Alat ini biasanya dipasang dengan cara rnenekannya ke dasar sungai. Biasanya ikan sembilang atau bedukang diperolehi dengan menggunakan alat ini. Adalah agak bahaya rnenangkap ikan rnenggunakan alat ini kerana orang itu sendiri terpaksa berendam bersama-samanya.
"Jermai" ialah alat tangkapan ikan yang tidak asing lagi di sini hingga sekarang. Pada masa dulu' nelayan menggunakan perahu besar yang boleh dikayuh oleh enam hingga lapan orang. Jermai ini akan dipasang ketika air surut sahaja. Ikan akan meniti kayu-kayu kecil yang dipacak di hadapan jermai rnenuju ke arah satu jaring yang direntang di bawah jermai. Di atas jermai terdapat sebuah pondok kecil yang akan digunakan oleh nelayan untuk beristirehat sementara menunggu air pasang. Mereka boleh memasak air atau makanan di pondok ini yang juga tersedia dapur dan alat-alat memasak. Ikan yang dimasak di sini merupakan ikan yang masih segar dan rasanya sudah tentu enak sekali. Biasanya jenis-jenis ikan yang ditangkap dengan menggunakan jermai ialah ikan lumek, gonjeng, pirang, ikan panjang dan sedikit lunduk, pari, sembilang atau belukang dan lain-lain lagi ikan kecil
"Kilong" pula merupakan salah satu alat tangkapan ikan yang digunakan oleh nelayan di sini pada masa dulu. Biasanya alat tersebut boleh menangkap ikan seperti sembilang, belukang, gonjeng, pirang dan lain-lain. Alat ini hampir sama seperti jermai, cuma ia kecil dan tidak terdapat pondok. Bentuknya sedikit berbeza dengan bentuk jermai. Ikan-ikan akan berkumpul di sini dan ditangkap dengan menggunakan seleduk.
"Goret" ialah cara penangkapan ikan yang menggunakan mata kail yang agak besar saiznya. Tapi anehnya, alat ini cuma berumpankan minyak. Minyak ini disapu pada mata kailnya yang besar. Tali yang digunakan unulk mengikat mata kail tersebut adalah dari jenis yang besar agar ianya tidak mudah putus bila dirempuh oleh ikan yang agakr besar seperti pari.
"Penggerih" adalah sejenis alat yang dibuat daripada buluh. Biasanya sebuah perahu yang besar yang didayung oleh enam atau tujuh orang akan pergi memasang alat tersebut. Hasil tangkapannya berupa udang.
Pada masa kini penduduk Maludam bekera sebagai nelayan, petani, peladang, pembalak, peniaga dan ramai yang telah bekeria dengan pihak kerajaan sebagai guru, polis, tentera, doktor dan sebagainya. Di zaman serba moden ini telah wujud Persatuan Nelayan serta Pertubuhan Peladang. Tujuan kedua-dua badan ini ditubuhkan ialah untuk membantu para nelayan dan petani bagi meninggikan lagi sumber pendapatan mereka. Di samping itu, pihak kerajaan telah membantu para nelayan dan petani dalam usaha meninggikan taraf kehidupan mereka dengan cara memberi khidmat nasihat, bimbingan, kursus, pemberian subsidi dan baja. Kini para nelayan menumpukan cara penangkapan dengan menggunakan "pakak". Alat ini digunakan untuk menangkap 'payak" dan "ndurik" yang boleh diproses menjadi kering atau dibuat "petis" dan sebagainya. Inilah sumber rezeki utama penduduk di sini dan merupakan juga bahan eksport utama. Boleh dikatakan hasil penangkapan udang ini telah merubah kehidupan penduduk di sini. Rata-rata para nelayan di Maludam memiliki motor air yang digunakan untuk pergi ke laut mencari rezeki kurniaan Allah.
Sekiranya berlaku musim landas (ketika ombak di laut besar), para nelayan
yang mempunyai tanah akan mengusahakan tanaman mereka. Ini bermakna mereka
tidak membuang masa begitu sahaja. Mereka yang ada ladang kelapa atau ladang
buah akan menggunakan masa itu untuk memperluaskan ladang mereka. Jelas
sekali hasil titik peluh mereka telah mendatangkan faedah. Inilah merupakan
keistimewaan yang terdapat di bumi Maludam yang mana menjadi daya tarikan
ke arah penghijrahan penduduk dari kampung lain ke sini.
TANAH PERKUBURAN
Menurut cerita orang tua, pada masa dahulu, penduduk yang mati tidak dikuburkan di sini. Kononnya terdapat tiga kawasan tempat mengubur mayat penduduk Maludam yang mati. Ketiga-tiga tempat itu ialah Meranti, Triso dan Semarang. Bila musim landas, mayat akan dikuburkan di Semarang kerana amat sukar untuk pergi ke Triso dan Meranti memandangkan keadaan laut yang bergelora.
Namun, pada tahun 1936, orang yang pertama sekali dikuburkan di kampung
Maludam ialah Allahyarham Deng b. Jawa. Pada masa kematiannya, keadaan
cuaca yang begitu sukar membolehkan ketiga-tiga tempat ini disinggahi.
Sejak dari itulah penduduk yang meninggal dunia dikuburkan di sini. Tanah
perkuburan terletak di Kampung Hulu tidak berapa jauh dari kawasan sekolah
dan jalan sehala dengan Kampung Tanjung Balu.
KEMUDAHAN ASAS
Terdapat beberapa kemudahan asas yang terdapat di Kampung Maludarn. KIinik umpamanya. Pada mulanya hanya terdapat Klinik Ibu dan Anak sahaja di sini. Bangunan lamanya telah dibuat secara gotong-royong. Sh Hanifah bt. Syed AkiI adalah anak tempatan yang telah berkhidmat di klinik ini yang asalnya terletak di Kampung HuIu Maludam. Pada tahun 1978, klinik tersebut telah dipindahkan ke tapak baru terletak di Kampung Hilir Maludam. Pada tahun 1982, barulah KIinik Desa Maludam mula beroperasi sepenuhnya. Kakitangannya adalah terdiri daripada seorang Pembantu Hospital, seorang Pembantu Hospital Rendah, dua orang Jururawat Desa, seorang Attendant, seorang Pegawai Kesihatan Luar Bandar dan seorang Pemandu Bot. Pembantu Hospital yang pertama sekali ialah En. Haderi b. Teras. Setelah itu beliau digantikan oleh En. Shariman b. Salem manakala Pembantu Hospital Rendah pula ialah En. Zamhari b. Hj Materang. Kini klinik tersebut telah diiktiraf sebagai KInik Kesihatan Maludam.
Maludam juga turut dibekalkan dengan api elektrik oleh Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak (SESCO). Hampir setiap rumah di Maludam telah rnenikmati kemudahan tersebut. Pada era 70-an, api letrik di sini adalah kepunyaan sebuah syarikat orang cina foochow yang berasal dari Sibu. Selepas mereka balik ke Sibu,janakuasanya telah dibeli oleh keluarga Hj. Aien dan diusahakan oleh Hj. Nancy.
Air telah dibekalkan ke sini bermula pada tahun 1984 oleh pihak Kerja Air. Walaupun penduduk Maludam tidak mengalami masalah air pada musim kemarau namun kemudahan seperti ini sekurang-kurangnya telah menunjukkan bahawa kerajaan tetap mahu penduduk di kawasan pedalaman menikmati kemudahan asas seperti yang dinikmati oleh penduduk bandar. Sebelum pembekalan air paip, dulu penduduk di sini akan mandi ke sungai beramai-ramai. Bila tiba waktu mandi, ia seakan-akan satu pesta harian yang dilakukan oleh penduduk di sini. Jika musim kemarau melanda, mereka akan pergi ke hulu Sungai Maludam untuk mengambil air bersih dengan berdayung sampan. Kini setelah adanya kemudahan air paip tiada lagi kedengaran dayung atau pengayuh menguak air.
Kini di Maludam terdapat sebuah Pejabat Daerah. Dalam sebuah bangunan yang dibina terdapat beberapa buah jabatan iaitu seperti Pejabat Pertanian, Pejabat Telekom, Pejabat Pos, Pejabat JKR dan Pejabat Pentadbiran Pegawai Tadbir Sarawak. Di sini juga disediakan kemudahan Rumah Rehat Kerajaan. Sebelum adanya pejabat-pejabat ini, keseluruhan urusan dilakukan di Sebuyau
Kemudahan pengangkutan juga telah disediakan seperti bot exspress. Maludarn
merupakan sebahagian dari laluan bot exspress yang pergi mengikut jadual
Kuching - Pusa atau Pusa - Kuching. Bot-bot tambang juga disediakan untuk
mereka yang akan pergi ke beberapa destinasi seperti Sebuyau, Kuching,
Pusa, Pendam dan sebagainya. Pendeknya tiada masalah pengangkutan untuk
pergi ke tempat tempat lain dari kampung Maludam.
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL PADA ZAMAN DULU
Untuk mengisi masa lapang, penduduk pada masa dahulu bermain berbagai jenis permainan. Permainan ini termasuklah "gelanggang, gunden, main kuis, pangkah gasing, dang siot, kaki tigo, sengkek pak, bodes, ngudi dan bergendang". Kesemua nama permainan itu adalah dalam bahasa tempatan. Teknik dan tatacara permainan diterangkan di bawah.
Permainan "gelanggang" ada dua jenis iaitu gelanggang tangkap dan gelanggang gajah. Permainan ini dimainkan dengan cara berlari di dalam satu gelanggang. Kalau orang itu dapat ditangkap, dia akan dihukum membawa orang lain di belakangnya. Tetapi berbeza dengan gelanggang gajah. Jika seseorang itu kalah dalam perlawanan itu, ia akan bertukar dengan orang yang berlawan tadi.
"Gunden" pula merupakan satu permainan dengan menggunakan sebatang kayu.
Di gelanggang itu dibuat satu lubang. Kayu diletak merentangi lubang itu
dan kemudiannya dikuis. Orang yang menguis tadi akan berlari dari tapak
ke tapak. Kalau kayu itu dapat ditangkap maka pemain tadi dikira mati.
Permainan ini hampir sama dengan permainan bola lisut. Permainan pangkah
gasing pula biasanya dimainkan selepas menuai padi. Biasanya lelaki yang
gemarkan permainan ini.
Permainan "dang siot" puIa ialah satu permainan di mana seorang menjadi
‘ayam’ dan seorang lagi menjadi "musang". Mereka diletakkan di dalam satu
gelanggang. Musang akan dihalang dari menangkap ayam. Sekiranya ayam dapat
ditangkap oleh musang, maka orang lain pula yang akan disuruh menggantikan
tempat ayam dan musang tadi.
"Bergendang" adalah merupakan satu temasya yang digemari pada masa dahulu. Perempuan akan memukul gendang sambil berpantun. Lelaki pula akan "bertandak". Kadangkala diadakan acara berbalas pantun. Sekiranya Si lelaki tidak dapat menjawab pantun yang dijual oleh siperempuan, Si lelaki dikira kalah.
"Main kaki tigo" ialah salah Satu permainan di mana terdiri dari dua pasukan. Permainan ini memerlukan dua pasang "selipar jepon". Terdapat tiga buah selipar yang akan didirikan berbentuk kon (kaki tiga) dan yang satu lagi digunakan untuk menikam pihak yang bermain. "Sengkek Pak" pula ialah sejenis permainan yang memerlukan pemainnya berjalan atau bermain dengan hanya rnenggunakan sebelah kaki sahaja. Biasanya alat yang digunakan ialah tanah atau cebisan tempayan yang pecah. Sekiranya permainan ini dimainkan di atas tanah, tempayan tadi digunakan sebagai buah dan sekiranya dimainkan di atas simen, tanah pula yang digunakan sebagai buah.
"Permainan ngudi" pula ialah permainan yang dikenali sekarang dengan nama layang-layang. Permainan ini dimainkan mengikut musim-musim yang tertentu. Dulu selalunya ia dimainkan selepas rnenuai. Mereka yang terlalu minat bermain ngudi, akan mencipta ngudi yang bersaiz besar dan cantik. Bagi yang kreatif pula akan rneletakkan bateri dan mentol pada gudi ini untuk dimainkan di waktu malam.