SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG LIMA PEKAN
84800 BUKIT GAMBIR, MUAR, JOHOR
SEJARAH PENUBUHAN


Tahun 1960
     Sekolah ini telah dibangunkan oleh penduduk-penduduk tempatan pada tahun 1948 dengan keadaan beratap nipah, bertiang bulat, dan berlantaikan papan.  Bangunan ini didirikan di atas tanah Lot. No: 1203, yang dipunyai oleh Pn. Rugayah bte Hj. Ali yang akhirnya dikenakan sewa sepuluh ringgit (RM 10.00) sebulan dan dibayar daripada hasil sumbangan penduduk tempatan.  En. Nordin bin Darsan dan En. Bohari bin Hj. Ahmad adalah merupakan tenaga pengajar yang pertama mengajar di sekolah ini dan gaji mereka dibayar oleh penduduk-penduduk tempatan sendiri. Pada awal tahun 1952, sekolah ini diikhtiraf sebagai sekolah kerajaan dan mendapat bantuan sepenuhnya daripada kerajaan.
        Pada tahun 1960 penduduk tempatan telah membeli tanah tapak sekolah ini daripada tuannya dengan harga RM 2,325.00 seluas 1.a, 3.r, 32.p dan tanah ini diserahkan kepada kerajaan bagi dijadikan tapak bangunan sekolah. Penduduk di sini telah bergotong-royong menebang pokok-pokok getah dan membersihkannya. Pada tahun itu juga kerajaan telah menbangunkan sekolah baru yang mempunyai 5 bilik beserta alatannya. Bangunan yang lama telah dirobohkan oleh penduduk-penduduk kampung. Oleh sebab bangunan yang didirikan oleh kerajaan tidak mencukupi, penduduk kampung telah berusaha dan bergotong-royong membangunkan sebuah bangunan tambahan seluas
84 X 22 kaki persegi


LOKASI
[ Depan ] [ Zon ] [ PPD Muar ]

[ Kata Aluan GB ][ Piagam Pelanggan ][ Sejarah Sekolah ][ Falsafah,Matlamat ][ Maklumat Staf/Murid ][ UPSR ][ Kejayaan SKSLP ][ Takwim ]
[ PIBG ][ Koleksi Photo ][ Pengumuman ][ Homepage Kami ][ Zon Bukit Gambir ][ PPD Net ]


 



1