Lokasi dan Sejarah
Sekolah Kebangsaan Lenga,
Lenga, Muar.

 Diasaskan pada tahun 1927oleh seorang tokoh terkenal di Kampung Lenga. Beliau ialah Penghulu YDH.En Ahmad bin Hj. Yaakob yang lebih mesra dengan panggilan Penghulu Ahmad.

Sebuah Sekolah Kecil di Tanjung Lenga.  Dibina secara gotong royong orang ramai. Jumlah murid pada ketika itu hanya seramai 55 orang terdiri dari anak tempatan. Kelas yang paling tinggi ialah darjah 4.  Guru Besar yang pertama ilah Tuan Haji Hussin bin Mohammad.

Pada tahun 1940 telah dibina sekolah baru oleh Kerajaan Negeri Johor.Bangunan separuh kekal dibina bersebelahan dengan sekolah asal.

Dalam tahun 60an sebuah lagi bangunan tambahan dibina kerana bilangan murid yang bertambah. Ia telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu.

Pada tahun 1988 sekolah ini terus menerima perubahan dengan sebuah lagi bangunan tiga tingkat dibina di tapak yang ada sekarang. bangunan lama dipinjamkan kepada Jabatan Pendidikan Agama Negeri Johor untuk Sekolah Agama Lenga, Muar.
 


| depan |
| SKKB  | SKBK  |  SKR  |  SKLB  |  SKL  |
 
 
1