PROFIL SEKOLAH
S.M. K. DATO' SRI AMAR DIRAJA
Laman Utama | Pengurusan | Kurikulum | Kokurikulum | Buletin | PIBG |
|Matlamat
Sekolah||Objektif
Sekolah|Sejarah Sekolah||Piagam
Sekolah||Lagu Sekolah|
FALSAFAH SEKOLAH
1.1 Bahawasanya pendidik-pendidik di Sekolah Dato' Sri Amar Diraja Muar ini mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan kebolehan iktisas untuk memberikan pendidikan yang sempurna lagi bermutu bagi memajukan sekolah ini.
1.2 Bahawasanya pelajar-pelajar yang belajar di sekolah ini mempunyai kebolehan dan potens yang berbeza-beza, (yang disebabkan oleh faktor sosial, persekitaran, budaya dan peluang) untuk menambahkan pengalaman bagi memenuhi pertumbuhan dan perkembangan intelek.
1.3 Bahawasanya Sekolah Dato' Sri Amar Diraja Muar mempunyai keupayaan dari segi menyediakan kemudahan dan tenaga pengajar serta bersedia unutk memikul tanggungjawabnya bagi melahirkan manusia yang boleh memberikan sumbangan yang positif kepada nusa dan bangsa.