Pendidikan pada masa kini sedang menuju ke arah yang lebih canggih dan lebih mencabar. Canggih kerana dunia pendidikan kini tidak lagi merupakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui "chalk and talk" sahaja, malah sudah melibatkan penggunaan perkakasan yang canggih-canggih malah dibimbangi nanti pelajar-pelajar pula lebih ke depan dari segi " ilmu" kerana pendedahan mereka kepada segala peralatan canggih tersebut.
Dalam era teknologi maklumat menyasar ke alaf baru ini, STUDI tidak mahu ketinggalan, seperti sekolah-sekolah lain kerana ia mahu pelajar-pelajar STUDI juga tidak ketinggalan di dalam bidang teknologi maklumat. Kita bukan setakat mahukan para pelajar STUDI berketerampilan malah mahu mereka menjadi manusia "all rounder" agar nanti dapat bukan sahaja mempertingkatkan nama sekolah ini tapi mampu menjadikan sekolah ini sekolah cemerlang.
Kita bukan mahu para pelajar setakat mendapat ilmu, malah mampu menggunakan ilmu itu bagi kebaikan diri, masyarakat dan negara sesuai dengan hasrat yang dinyatakan di dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Kita sedang berusaha mempertingkatkan segala kemudahan yang didapati di sekolah ini termasuk mengadakan pusat maklumat melalui rangkaian internet dan pusat pendidikan komputer. Semoga melalui usaha-usaha ini akan dapat megwujudkan satu keadaan di mana nanti seluruh warganya menjadi celik komputer dan akhirnya nanti sekolah ini dapat bersaing dengan sekolah-sekolah lain di negara ini. Ia juga tergolong sebagai salah sebuah daripada sekolah bestari. Insyallah.
En.Mahamud Bin Bulat
1 Januari 1999