PIAGAM PELANGGAN SMK TUN DR ISMAIL
BAKRI MUAR JOHOR.
Sebagai pendidik kami menginsafi akan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB untuk
dilaksanakan dengan ikhlas berlandaskan ilmu yang benar bagi kepentingan
pelanggan kami demi AGAMA, NEGARA dan MASYARAKAT.
Justru itu kami berusaha untuk:-
- Melaksanakan dasar dan Wawasan Pendidikan Negara dengan penuh iltizam.
- Gigih serta dedikasi untuk mendidik dan membimbing pelajar-pelajar
ke arah kecemerlangan ilmu dan berakhlak mulia.
- Menjamin layanan mesra serta bersikap penyayang terhadap pelajar-pelajar.
- Mencerminkan keunggulan nilai yang tinggi untuk diteladani oleh pelajar-pelajar.
- membina iklim persekolahan yang segar, harmonis dan menarik supaya
digemari dan disayangi.
- Berazam memperkukuhkan proses-proses kerja dan infrastruktur pengurusan
yang cekap lagi berkesan.
- Bersikap terbuka untuk bersedia menerima cadangan, pandangan dan teguran
ikhlas yang membina demi mempertingkatkan lagi prestasi perkhidmatan serta
kecemerlangan akademik dan organisasi.
profil.
index