SEJARAH SMKDHMR
Sejarah SMKDHMR bermula sebagai sebuah institusi pendidikan sekolah menengah pada 4 Disember 1990. Pada peringkat awalnya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Sikamat, sempena mengambil nama jalan di mana sekolah ini berada. Imbas kembali, pada tahun 1964, bangunan ini digunakan oleh Pusat Latihan Harian atau DTC sebagai pusat latihan guru-guru sekolah rendah daerah Seremban. Pada tahun 1970, Kementerian Pendidikan telah menutup pusat latihan ini, tetapi diguna semula sebagai kelas tambahan oleh Sekolah Menengah King George V, Ampangan, Seremban. Bangunan ini kemudiannya diambilalih oleh Sekolah Menengah Dato Abdul Razak sebagai asrama tambahan sehingga tahun 1972. Pada tahun 1973, Maktab Perguruan Raja Melewar telah ditubuhkan dan menggunakan bangunan ini. Pada Disember 1989, ianya telah diubahsuai dan dijadikan sebuah sekolah yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Mohd Redza.
PENGETUA - PENGETUA YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SMKDHMR (1990 - SEKARANG)
I. Encik Abdul Malik bin Kahar
II. Encik Shahidan bin Mokthar
III. Tuan Haji Zabidi bin Haji Mohd Ariff
IV. Tuan Haji Jaafar bin Abdullah
V. Puan Hajjah Rokiah bt Alias
VI. Encik Shahidan Mokthar
VII. Puan Asmah bt Yahya
UTAMA| SEJARAH| PENGETUA|STAFF AKADEMIK|STAFF SOKONGAN| LAPORAN AKADEMIK|LAPORAN KO-KO| LAGU SEKOLAH| FALSAFAH SEKOLAH|