|
Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Dua (F) terletak di Daerah Jempol dan merupakan salah sebuah sekolah menengah di kawasan Felda Gugusan Palong. Jaraknya dari Bahau sejauh 41 km, Kuala Pilah 56 km dan Seremban sejauh 115 km.
Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1984 dan pada ketika itu ia hanya mempunyai dua blok bangunan dua tingkat, sebuah kantin dan sebuah bangunan Seni Perusahaan. Jumlah pelajar pertama adalah seramai 180 orang yang datangnya dari Rancangan Felda Palong 1, 2 dan 3.
Sejak penubuhannya pada tahun 1984 hingga kini, seramai lapan orang pengetua
telah dan sedang berkhidmat di sekolah ini, iaitu :
|
|
|
|
Encik Musa bin Haji Arshad |
|
|
Encik Shamsudin bin Haji Abd. Ghani |
|
|
Encik Yahya bin Othman |
|
|
Tuan Haji Azam bin Md. Atan |
|
|
Tuan Haji Mohamed Hashim bin Idris |
|
|
Encik Sallehuddin bin Abdul Wahab |
|
|
Tuan Haji Emran bin Alwi |
|
|
Encik Mohan Singh a/l Shamir Singh |
|
Sekarang sekolah ini telah berkembang dan mengalami banyak perubahan. Bermula sebagai sekolah yang bertaraf Menengah Rendah, kini mempunyai kelas-kelas tingkatan empat dan lima. Pencapaian akademik juga mengalami peningkatan dari setahun ke setahun.