....................... | Dalam program yang kami lalui selama 12
bulan bermula dari Julai 1997 hingga Julai 1998 didapati ramai guru-guru
yang meminati mempelajari komputer walaupun ada berbagai-bagai rintangan.
Kelab Bestari SKSR telah membentuk AJK dan telah berjaya mengumpul keahlian sehingga 40 orang termasuk guru-guru dari sekolah zon Simpang Rengam terutama guru-guru Sek.Keb.Seri Machap. Dari bilangan itu tidak semuanya ahli dapat menamatkan pelajaran dengan jayanya. Walau bagaimanapun ahli-ahli setidak-tidaknya telah berhasil mendekati komputer dengan menambah ilmu dengan mempelajari asas-asas komputer dan program-program tertentu terutama Windows95 dan MS Office97 (Word,Excel dan Powerpoint), serta program-program grafik dan mengenali serba sedikit tentang internet. Penubuhan Kelab Bestari ini telah berjaya menarik minat pihak pentadbir sekolah terutama Tuan Guru Besar dalam mempercukupi alat dan peralatan yang berkaitan dengan komputer. Sehingga kini Peralatan seperti printer warna, scanner dan TV yang disambungkan dengan komputer untuk tujuan pelajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah tersediakan dan ianya di tempatkan di Bilik Tayang SKSR, di mana merupakan tempat aktiviti Kelab Bestari dijalankan. Setelah Kelab Bestari digugurkan pada Julai 98 terdapat tiga ahli sahaja mencapai pencapaian cemerlang dan mempunyai harapan meneruskan pembelajaran komputer di bawah Bilik Tayang SKSR yang bermatlamat memperdalami ilmu berkaitan dengan program grafik dan internet. Akhir sekali mereka akan diajar bagaimana untuk membina homepage dan menguruskan e-mail. Insyaallah mereka akan membina Laman Bilik Tayang SKSR pada masa akan datang. Laman yang telah dihasilkan: 1. Laman Kelab
Bestari : http://geocities.datacellar.net/Athens/Parthenon/4834/bestari.html
Akhir sekali secara peribadi saya berharap semoga program ilmu seperti itu mendapat feadah dan memberi feadah kepada orang lain. Wassalam. |