.
. 
. 
.
 

Semua yang berlaku di muka bumi ini tidak berlaku secara melulu dan spontan. Ia terjadi melalui perancangan Allah. Tidak ada sesuatu yang sia-sia. Ia mengandungi hikmah yang tersirat untuk menjadi renungan dan sumber ilmu kepada sesiapa yang mahu merenungkannya. Di dalam Al-Quran, misalnya banyak terdapat cerita yang mampu memberikan sumber ilham seperti Surah Al-Ankabut, Al-Kahfi dan sebagainya.  

Justeru, saya cuba memuatkan cerita/kisah yang dapat kita sama-sama mengambil manfaat. Mana-mana yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk sama-sama kita jadikan sempadan. 

Saya mengizinkan sdra/i mencetak dan mengedarkannya kepada orang lain untuk sama-sama dimanfaatkan. Persudikan menghantar sebarang kisah (ringkas atau panjang) supaya dapat dimuatkan di dalam ruangan serba daif ini. Hantarkan kepada saya melalui : kasyus@hotmail.com atau kasyus@tm.net.my 

Sekian, terima kasih. Wassalam 
 

 

Islam tegak atas dasar ingat-mengingat dan tugas dakwah. Usaha dakwah merangkumi 2 aspek iaitu menyuruh melakukan kebaikan (amar makruf) dan mencegah dari melakukan kejahatan (nahi mungkar). Inilah sebenarnya misi utama  seseorang rasul diutuskan. Sebagai umat Islam, kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada Nabi Muhammad saw. kerana melalui usaha dakwah Baginda dan para sahabat maka kita dapat menikmati Islam dan Iman. 

Sebagai tanda kesyukuran ini, kita hendaklah menyebarkan Ad-Deen ini kepada orang lain sesuai dengan pesanan Nabi "Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat." Dengan cara ini barulah Ad-Deen Islam ini dapat berkembang. Dalam kegawatan aqidah ini, tugas dakwah bukan saja terletak kepada para ulama saja; bahkan menjadi fardhu 'ain kepada semua individu Muslim memikul tugas dai'e ini mengikut kemampuan masing-masing.  

Ruangan Tazkirah ini merupakan secebis usaha ke arah 'dakwah melalui siber'. Semoga usaha ini diberkati Allah, amin!!! 
 

 
 
 
 
ANDA ADALAH PELAWAT KE- 
 
1