Logo Buletin AdilONLINE


Keluaran Minggu 25hb Januari 1998


KANDUNGAN ISU INI
Rahim Noor

Siapa membelasah Anwar?


tilam

Pindaan tuduhan untuk memastikan Anwar dihukum


Tun Daim

Menyelamatkan ekonomi atau menyelamatkan kroni?


Demo reformasi

Adakah Reformasi mengancam kaum bukan Melayu?


LAIN-LAIN RENCANA

Pesanan dari Kak Wan

Kronologi penumbukan Anwar Ibrahim

Majlis berbuka puasa ADIL

Pesanan Anwar Ibrahim dari Penjara

Pindaan perlanjutan niat jahat pendakwaraya?

Tun Salleh Abas: Bebaskah kehakiman kita?

Peneroka bandar Ampang dihalau

Demokrasi menjadi mangsa di simpangan sejarah

Cetusan Rasa Rehman Rashid

Berita Luar Negeri

Nasihat Anwar Ibrahim kepada DPM baru

Jangan hanya mematuhi perintah PM

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim mengatakan dia menyambut baik lantikan Dato' Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tetapi, katanya dalam sebuah kenyataan yang dibacakan kepada para wartawan oleh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah, kredibilti Abdullah akan dipertanyakan kalau dia nanti terus-terusan patuh pada Mahathir. Sebaliknya, dia amat terkejut mendengar Daim Zainudddin dilantil sebagai Menteri Kewangan baru . PM Mahathir Mohamad tampaknya menunjuk Daim guna membantu keluarga PM itu.

Anwar mengingatkan, Mahathir telah menerima pengunduran diri Daim sebagai menteri kewangan pada tahun 1991. Waktu itu, Daim meletakkan jabatan kerana disangka melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan wang. "Kesimpulan saya, Datuk Seri Dr Mahathir harus mempertahankan Tun Daim untuk menyelamatkan sanak keluarga dan kroni-kroninya,'' kata Anwar.

Tentang keputusan Mahathir menunda pemilihan pucuk pimpinan UMNO, dia mengatakan keputusan tersebut dengan jelas menunjukkan PM Malaysia itu merasa tidak yakin akan memperoleh dukungan dari arus bawah. Menyebut Mahathir "diktator'', dia mengatakan PM Malaysia itu seharusnya tidak menangguhkan pemilihan UMNO jika merasa yakin mendapat dukungan.





Ucapan Hari Raya Anwar Ibrahim

Eidul Fitri Muborak menjelang tiba. Teman-teman meminta saya mencatat pengalaman berpuasa di penjara sambil menyampaikan perutusan Eidul Fitri.Secara bergurau saya bertanya, siapakah sebenarnya yang dipenjara? Fikiran dan jiwa saya tetap bebas meskipun dikelilingi tembok tinggi dan pagar besi berduri. Bagaimana halnya dengan rakan diluar, tanpa kerawat dan pengawal? Apakah juga bebas atau tertekan lantaran ugutan atau terbelenggu fikiran dengan daayah palsu? Persoalan tersebut berkaitan dengan renungan bersama mengenai Ramadhan.

Para ulama mengibaratkan Ramadhan sebagai tarbiyah ruhiyyah, pendidikan jiwa dan rohani agar tunduk kepada Allah S.W.T dan bebas dari runtuhan nafsu. Ini akan memperkukuhkan proses pembersihan diri, tazkiyah an nafs kerana asas tersebut akan menjamin landasan pembentukan akhlak peribadi, keluarga dan masyarakat. Tanpa asas tersebut, penyelewengan dan fasad iaitu kerosakkan termasuk dengan menodai faham keadilan dan pembangunan akan berlaku.

Menginsafi prinsip tersebut, saya berusaha meng'imarah bulan mulia ini dengan bertarawikh, bertadarus dan bermunajat kepada Allah S.W.T. Saya menfaatkan naskah Al Quranul Karim dengan terjemahan bahasa Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali dan mentelaah semula catatan ringkas dari usrah terdahulu iaitu beberapa nukilan dari tafsir Ibnu Kathir, Al Qurtubi, Sayyid Qutb dan Maulana Maududi. Disamping itu, terdapat lima jilid Riyadhus Salihin. Akhir Syaaban yang lalu Azizah bekalkan beberapa kitab, du'a termasuk Pedoman Puasa oleh Hasbi as Shiddiqui bagi membantu saya mengulangkaji.

Di bulan Ramadhan saya kurang membaca karya-karya lain yang sering saya dampingi seperti Shakespeare, atau karya falsafah, ekonomi lainnya.

Menghadiri perbicaraan mahkamah dengan pelbagai kejanggalan dan drama, tilam dan pita suara, serta pameran fesyen juga menguji kesabaran berpuasa.Suasana akan lengang dan sepi di penjara kerana saya dikurung bersendirian atas arahan 'pihak atasan' di kawasan klinik (walaupun disini disebut hospital). Jadi saya beriftar, tarawikh, sahur seorang diri. Pengalaman di kem tahanan Kemunting hampir dua puluh lima tahun yang lalu agak berbeda kerana diletakkan dalam satu kawasan bersama penghuni lainnya. Perbedaan ketara kali ini memang terasa. ....

klik di sini untuk membacanya seterusnya


MAKLUMAT ASAS
APAKAH ADIL?
Logo ADIL
Berita
DEMOKRASI
Demokrasi
HAK ASASI MANUSIA
Hak Asasi Manusia
KEBEBASAN KEHAKIMAN
Kebebasan Kehakiman
KEADILAN
EKONOMI
Ekonomi
BUDAYA
Budaya

LINK KE LAMAN WEB TERPILIH

Arkib
Keluaran Lepas Buletin ADIL Online

Hubungi Webmaster di: asabri@pc.jaring.my


This page hosted by Get your own Free Home Page





1