Isu Holy Water

Di sepanjang pembacaan dan pergaulan saya dengan golongan Kristian, isu Holy Water bukanlah
suatu isu yang diutamakan, malahan terlalu kecil di dalam praktik agama mereka. Ia mungkin wujud
sebagai suatu amalan (ritual) kecil di gereja-gereja sebagaimana kebiasaan agama lain juga, iaitu
sebagai "air berkat" untuk para pengunjung. Sepanjang pembacaan saya di dalam 4 gospel di dalam
Bible, tiada satu ayatpun yang menunjukkan kepentingan 'holy water', cuma mungkin ada sedikit
cerita di mana Jesus di "baptize" oleh John, di dalam Matthews 3:13-17, Mark 1:9-11 dan Luke
3:21-22. Ia mungkin ada ditulis di dalam New Testament (disusun selepas The four gospels), tapi jika demikian pun, ia tetap juga suatu penambahan baru (bida'ah) terhadap ajaran tulin Jesus.

Jadi, telahan saya, amalan 'holy water" ni, kalau ikut klasifikasi kita termasuklah di dalam amalan
bida'ah dholalah puak Kristian. Memang tergambar di dalam New Testament, banyak sekali amalan
dan kefahaman baru yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh Kristian(according to Bible) terutama
sekali oleh St.Paul(ramai pengkaji Islam menganggap beliaulah tokoh penyesat utama, bahkan pereka doktrin Kristian yang ada  sekarang).

Antara contoh lain yang lebih penting mengenai unsur bid'ah yang diperkenalkan oleh St. Paul ialah
Doktrin Trinity, The Original Sin, The Atonement of Sin; kerana kesemua ini tidak dinyatakan di
dalam Gospels. Maksud saya, kalau seseorang yang membaca keempat-empat gospel yang terdapat
di dalam Bible itu (sekalipun telah diubahsuai dengan banyaknya oleh St. Paul dan kuncu-kuncunya),
ajarannya lebih condong kepada apa yang dipraktikkan oleh Islam sekarang. Bahkan, ajaran-ajaran
di dalam Bible secara umum jika dibuat kajian secara terperinci satu-persatu, akan menafikan
doktrin-doktrin yang dinyatakan oleh St. Paul, sepertimana huraian ringkas oleh saudara kita Charles
Rundi. Saya teringat kesimpulan oleh seorang pengerusi (bukan Islam, bahkan Kristian kalau tak silap saya) dalam debat di antara Ahmad Deedat dengan tokoh Kristian yang menyatakan lebihkurang "hearing from the both sides or argument, I feel that Muslim's perpective on the teachings of Bible in closer than the (current) Christian's itself".

Isu "holy water" di Malaysia dan negara-negara bukan majoriti Kristian lain juga mungkin ada kaitan
dengan strategi "tidak sihat" yang dimainkan oleh para mubaligh Kristian yang mengambil taktik
"offensive" yang antara lain menggunakan "ilmu sihir" untuk mendapatkan penganut baru. "Holy
Water" yang wujud di sini mungkin adalah air jampian yang membolehkan mereka mengikat peminum kepada Kristian. Memang mereka sering memainkan taktik kotor, memanipulasi dan mengggunakan apa saja kesempatan untuk mendapatkan penganut baru, apatah lagi wujudnya ganjaran material kepada mereka yang berjaya mengkristiankan orang lain.

Kalau dilihat di negeri yang dulunya majoriti Kristian, mereka semakin meninggalkan ajaran itu,
bahkan cenderung kepada Islam (cthnya di USA, UK, Germany, France mengikut maklumat mereka yang terbabit di sana). Pihak kita selalu saja bersedia untuk berdialog secara terbuka dengan puak Kristian (rujuk misalnya beberapa siri tulisan Br. Ahmad Von Denfer mengenai hasil dialog
Islam-Kristian yang dianjurkan oleh Islamic Foundation, UK), tetapi merekalah yang memainkan
taktik kotor kerana terdesak dengan dakyah dan doktrin mereka yang semakin terserlah sesatnya.

Mereka nampaknya beralih arah, mencari sebarang peluang untuk menyuntikkan ajaran sesat mereka.Misalnya bila saja ada bencana alam, atau kelaparan, kemiskinan di mana-mana, pihak Kristianlah yang paling awal sampai untuk menolong "with the bait attached". Mereka menggunakan pelbagai cara, terbuka atau tersembunyi, cara terhormat atau cara yang keji, untuk terus memancing penganut.

Maka, tidak mustahil "holy water" yang lebih popular di rantau sini ini sebenarnya adalah air
jampi/sihir yang merupakan salah satu agenda kotor mereka. Mungkin ada ikhwan yang lebih arif
tentang amalan "holy water" ini, boleh tampil untuk memberi komen.

Wassalamu'alaikum...!

Saudaramu dalam Islam,

Rozi bin Muda 1