Ibu...kau dimana jua akan sentiasa mendampingi hati ini. Ayah...walaupun perhentian ini amat diselubungi rintangan namun sejuta mahligai impian tetap menjadi baitanku.

Aku yang berkelana...

 

Link pilihan

Web site ini dibina untuk kemudahan saya sendiri sahaja. Tapi kalau ada kutu kat sana yang nak share tak jadi masalah asalkan untuk kebaikan. Jadikanlah kehidupan ini bermakna. Saya sedang belajar menggunakan kemudahan net untuk kemudahan perantauan ini.

 

 

 

Seorang Guru Tua (Untuk Cikgu Nor Alam b Mahmud)

Guruku yang baik... sedang aku kini sudah besar, dulu wajahnya muda, kini rambut memutih kepala, ada anak-anak muridnya, sudah menjadi menteri, ada anak-anak muridnya, kini memegang jawatan tinggi, tidak kurang pula, bergelar usahawan berjaya.

Guruku yang baik... masih di situ, masih memandu kereta lama, menuju ke destinasinya, tiada kelihatan jemu, dari air mukanya, tiada kedegaran bosan, dari suara bibirnya, dia gigih menggenggam, tanggungjawab yang diamanahkan.

Seorang guru tua... dia masih di situ, berdiri sebagai guru, menabur jasa-jasa, dialah pendidik bangsa!

 

filasuf@hotmail.com  
1