|
Setelah berada
5 tahun di bumi Terengganu Darul Iman ini, aku bercadang untuk memohon
pertukaran. Nak balik kampung la. Tapi pada tahun itu, 1984, datang seorang
guru baru ke sekolah aku. Dah la single,comel lote pulak tu. Tak jadi balik
kampung la nampaknya.
Pada mulanya
aku tak kisah sangat sebab aku agak orang yang come lote gini mesti dah
bertunang atau sekurang-kurangnya dah ada Pakwe. Tetapi, setelah dirisik,diselidik
dan di'spy' rupa rupanya masih kosong. Ada can ni. Oleh itu, bermulalah
satu episod 'Laila Majnun'..Romeo Juliet.
Perhubungan
biasa sesama setugas dah berlarutan sampai berkunjung ke rumah dan bergayutan
di telefon. Lama jugak proses ini berjalan. Sampailah pada awal tahun 1985
dimana aku ditawarkan berkursus selama setahun di KL. Oleh kerana takut
melepas ketangan orang lain, kami setuju untuk ditunangkan pada cuti Gongxi
Fat Cai tahun itu.
Keluarga
aku datang dari Kedah dengan hajat untuk merisik dan terus melamar. Jadi,
bila tiba harinya persetujuan telah dibuat untuk menerima kunjungan pihak
kami oleh pihak perempuan. Keluargaku bermalam di rumah keluarga angkatku.
Malamnya
kami telah menghubungi pihak perempuan untuk menetapkan masa acara merisik
dan pertunangan akan diadakan. Dipersetujui pada keesokan hari jam 9 pagi.
Majlis hanya akan dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja.
Esok pagi
keluargaku dan aku, yang berdebar sejak malamnya, telah bertolak ke rumah
pihak perempuan untuk menyempurnakan acara yang dirancangkan. Setibanya
rombongan kami tiba ke rumah pihak perempuan, kami lihat terdapat ramai
orang yang berada disitu. Heran juga sebab kata pihak mereka acara ini
hanya untuk keluarga terdekat sahaja. Tapi kami tak kisah sangat asalkan
semuanya beres dengan baik.
Wakil pihak
perempuan yang datang menyambut kami memberitahu bahawa ayah kepada
bakal tunanganku telah jatuh sakit secara tiba-tiba. Baru sekejab saja
kejadian berlaku semasa menanti rombongan kami sampai.
Kami terus
masuk kebilik untuk menziarahinya. Keadaannya bertambah serius. Kami diberitahu
bahawa kesihatannya baik sebelum ini. Entah kenapa tiba-tiba saja dia mendapat
sesak nafas.
Memandangkan
situasinya bertambah gawat, surah Yaasin mula dibaca dan Kalimah Syahadah
didengarkan ditelinganya. Ayah bakal tunanganku kian nazak. Aku terus mengambil
wudu' dan mula membacakan surah Yaasin dihujung sebelah kiri kepalanya
sambil memerhatikan keadaannya.
Sebaik sahaja
aku dipertengahan jalan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Aku tergamam,
namun aku teruskan membaca surah itu sehingga selesai. Suasana menjadi
sendu, pilu dan terharu.
Majlis pertunanganku
menjadi satu majlis yang trajis. Pada awalnya majlis tersebut ingin dibatalkan
tetapi oleh kerana ianya akan diadakan secara ringkas maka diteruskan juga
dalam suasana yang amat pilu dan sedih disaksikan oleh jenazah yang baru
pergi menemui ALLAH.
Sehingga
kini aku masih terbayang situasi tersebut. Aku sebenarnya telah mengambil
alih tanggung jawab ayahnya. Aku telah menghantar ayahnya dan membawa balik
anaknya yang kini menjadi surirumahku ayng tersayang.
MORALNYA : Kita hanya merancang,Tuhan juga yang menentukan