Kak Wan dengan hasil tanaman hidroponiknya
Untuk para pengunjung
Laman
Iqwanhabib
dihuraikan serba sedikit kaedah hidroponik
yang mungkin boleh dimanfaatkan bersama. Semuga kaedah ini akan dapat membantu
anda memulakan
hobi bercucuk tanam.
Kaedah mudah ini tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Apa yang penting
ialah minat, sedikit kesungguhan / ketekunan serta kesabaran.
InsyaALLAH
hasil akan dapat dinikmati dalam masa sekurang
kurangnya 3 minggu mengikut jenis sayur yang ditanam.
Kami menamakan kaedah ini sebagai
KAEDAH 3 T
Kenapa?
Senang saja, kerana ianya memerlukan 3 perkara
asas:
PERTAMA
|
TANAM
|
KEDUA
|
TUNGGU
|
KETIGA
|
TUAI
|
PERALATAN DAN PETUA
PENYEDIAAN KAEDAH HIDROPONIK
3T SURIKU
|
PERALATAN
asas HIDROPONIK
Kak Wan serta anak anak sedang menyiapkan bekas
takungan hidoponik
1) Takung Hidroponik
(43x35x13cm) - samada siap pasang dari kedai alat
perkebunan atau dibeli secara berasingan dari kedai alatan plastik.
2) Penutup Takung
(Polystyreen) - tebal lebih kurang 2cm
3) Bakul Media -
bekas bunga telur plastik
4) Media : Benang/Span/Rockwool
5) Baja Hidroponik
- cecair atau ketul
6) Cawan Penyukat
Baja (250 ml)
7) Biji Benih - pilihan
sendiri
*Alatan seperti
takung, polystyrene, bakul media dan media (benang) boleh dibeli secara
berasingan. Dengan sedikit usaha (Do-It-Yourself), kita boleh menyiapkan
satu takungan
yang lengkap dengan hanya membelanjakan sebanyak
RM 9.00 sahaja. Kalau dibeli set siap pasang akan memakan belanja 2 kali
ganda. Oleh itu, kenapa tidak cuba buat sendiri? Pasti menggembirakan.
PENYEDIAAN BAJA HIDROPONIK
DAN CARA MENANAM
Bekas takungan yang siap diisi dengan benih sayuran
Petua
Pertama
-
Masukkan air dalam bekas takungan separas
3 suku bekas atau lebih kurang 18 liter.
-
Peringatan:* Jika air paip atau air dari tangki
yang hendak digunakan untuk penyediaan larutan baja hidroponik, biarkan
air tersebut didalam bekas takungan semalaman supaya bebas dari klorin.
Air hujan juga boleh digunakan tetapi sebaik baiknya mengambil air itu
selepas pertengahan hujan untuk mengelakkan daripada ianya mengandungi
bahan-bahan asid /toksid yang boleh membantutkan tanaman.
-
Baja hidroponik kemudiannya dilarutkan didalam
5 liter air dan kacau hingga sebati.
Petua
Kedua
-
Sediakan 18 liter air dan masukkan kedalam bekas
takungan hidroponik.
-
Ceduk 500 ml larutan baja hidroponik yang dilarutkan
tadi dengan cawan penyukat yang bersaiz 250 ml sebanyak 2 cawan
dan campurkan kedalam takungan hidroponik yang diisikan dengan 18 liter
air tadi.
-
Kacau hingga sebati.
-
Tutup takung dengan penutup takung yang disediakan.
-
*Baki larutan baja yang telah dibancuh tadi hendaklah
disimpan dalam bekas bertutup dan ia boleh digunakan untuk tanaman seterusnya.
Jangan dedahkan kepada cahaya matahari.
Petua
Ketiga
-
Media: Benang atau bahan yang boleh
menyerap air diletakkan didalam bakul semaian sebagai media percambahan
biji benih.
-
Tarik dan juntaikan benang tersebut melalui lubang
dibawah bakul supaya menjadi sumbu lebih kurang 5 sm. untuk menyerap larutan
baja hidroponik.
-
Pastikan setengah cawan benang masih terdapat
dalam cawan.
-
Celup atau rendamkan bakul yang berisi media tadi
ke dalam air larutan baja untuk melembabkan media bagi memudahkan
proses percambahan.
-
Masukkan bakul media di setiap lubang penutup
takungan hidroponik.
-
Pastikan sumbu benang terendam dalam air larutan
baja hidroponik supaya ia dapat menyerap baja.
Petua
Keempat
Memasukkan benih sayuran ke dalam bakul media
-
Masukkan 4 atau 5 biji benih diatas benang
dalam setiap bakul media.
-
Pastikan biji benih basah supaya senang bercambah.
-
Selepas 3 atau 4 hari, jika tidak berlaku percambahan,
tukarkan dengan biji benih yang lain. Jika semua biji benih tersebut bercambah
selepas 6 hari, tinggalkan cuma sepokok atau 2 pokok sahaja pada setiap
bakul media bagi pertumbuhan seterusnya.
-
Anda telah sedia untuk memulakan tanaman hidroponik.
Petua
Kelima
-
Letakkan set hidroponik ditempat yang sesuai seperti
ditepi rumah(koridor), beranda, patio, porch atau di bawah 'greenhouse'
.
-
Pastikan ia mendapat cahaya matahari yang cukup
sekurang-kurangnya separuh hari samada pagi atau petang.
-
Elakkan daripada air hujan terus masuk kedalam
takungan hidroponik kerana ia akan menganggu campuran larutan air dan baja.(Air
yang berlebihan akan mengurangkan keberkesanan baja terhadap tumbuhan)
.
1. Pastikan lubang
bakul media ditutup rapat untuk mengelakkan kemasukan dan
pembiakan nyamuk ke dalam bekas takungan.
2. Selepas 3 minggu
atau bila air kelihatan berkurangan, tambahkan air (tanpa baja)
ke dalam takung. Paras air mestilah tidak melebihi 1/2 daripada
takung.
Kak Wan sedang memeriksa paras air dalam takungan
3. Oleh kerana jangkamasa
matang bagi setiap jenis sayur berlainan, hanya satu
jenis tanaman/benih bagi setiap takungan disyorkan.
Contoh:
Jenis Sayuran
|
Jangkamasa matang
|
Kangkong
|
3 minggu
|
Sawi
|
4 minggu
|
Cili
|
6 minggu
|
Bayam
|
4 minggu
|
4. Biarkan tanaman anda
sehingga 4 ke 5 minggu untuk dipungut hasilnya
mengikut jenis tanaman tanpa perlu menambahkan larutan baja dan menyiram.
5. Setelah dipungut
hasil, basuh takungan, penutup dan bakul media.
Gantikan benang dan gunakan semula baki larutan baja yang disimpan
dahulu untuk penanaman baru
Air baja yang telah digunakan boleh dicurah / disiram pada pokok bunga
atau
tanaman lain kerana masih ada lagi saki baki baja .
6. Jika larutan baja
terlalu pekat, daun akan menjadi hijau tua, melengkung/kerinting,
daun tebal dan rapuh.
Jika larutan terlalu cair, pokok akan terencat / bantut dan lambat membesar,
daun
akan kekuningan nipis dan tidak melengkung.
Bayam, Sawi dan Kailan mudah ditanam
Sayuran ditanam secara berperingkat untuk bekalan yang berterusan
MASALAH
YANG BIASA DIHADAPI
|
-
KEKURANGAN UNSUR PEMAKANAN
TUMBUHAN
Disebabkan oleh :
-
Suhu larutan nutrien yang meningkat.
-
Suhu yang sesuai adalah diantara 25°C - 29°C
-
Sumbu media tidak mencecah air baja.
-
GANGGUAN FIZIKAL KEPADA
TUMBUHAN
Disebabkan oleh :
-
Kedudukan tanaman yang tidak stabil / seimbang.
-
Sokongan yang kurang kuat.
-
Tiupan angin.
-
Serangan ulat
-
Kurang mendapat cahaya matahari.
Apa sekali pun, jika anda bertekun dan
sering mengambil cakna terhadap tanaman anda, insyaALLAH
hasil yang membanggakan akan didapati akhirnya.
Sumber:
-
Era Hijau (2/98) Hidroponik
- Ringkas,Mudah dan Murah.Prof.Madya Dr. Mohhd Razi Ismail
-
Agromedia(3/1998).Tanaman
Sayur Sistem Hidroponik. Dr.Mahamud Shahid
-
Kazz Hidroponik Domestik
menu
[laman utama]
[iqwanhabib]
[bits and pieces of me] [my
room mate and my kids]
[selamat
datang ke Terengganu] [kampung halamanku]
[resepi
Kak Wan] [apa itu hidroponik?] [petua
hidroponik] [ taman suri] [motivation
and inspiring quotes] [corat coret] [galeri
foto] [my favourite links] [english
corner ]
[laman
seni]
[view
my guestbook] [sign
my guestbook]