KEK PISANG BRUNEI
BAHAN-BAHAN:
      • 1/2 buku mentega (125 gm)
      • 1 cawan gula halus
      • 1 cawan pisang raja (dilecek dengan garpu - jangan dimesin)
      • 2 butir telur ayam
      • 2 sudu besar susu cair
      • 2 sudu teh esen vanilla
      • 1 cawan tepung gandum
      • 1 sudu teh baking powder
      • 1 sudu teh sodium bicarbonate
      • 1/2 sudu teh garam halus


      CARA MEMBUATNYA:
       

  • Tepung gandum, baking powder, sodium bicarbonate  & garam halus diayak bersama. Ketepikan.
  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur satu persatu dalam adunan gula dan pukul rata.
  • Masukkan pisang lecek ke dalam adunan gula dan gaul rata dengan lembut menggunakan senduk kayu (JANGAN DIMESIN).
  • Masukkan adunan tepung ke dalam adunan gula sedikit demi sedikit dan gaul rata menggunakan senduk kayu.
  • Masukkan susu cair dan esen vanilla ke dalam adunan dan gaul rata menggunakan senduk kayu.
  • Masukkan ke dalam acuan yang telah dilengser mentega dan dilapik dengan kertas kalis  minyak.
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 30 - 40 minit atau sehingga masak.
NOTA  :  JIKA TIDAK MAHU KEK BERWARNA GELAP, LECEK PISANG SEJURUS SEBELUM DIMASUKKAN KE DALAM ADUNAN
 
  Mon, 17 Sep 2001 20:31:07 +0800
  From: Anis Adlina <rhynseri@hotmail.com>

 SELAMAT MENCUBA
KALAU TAK SEDAP BERITAHU KAK WAN
tapi
KALAU SEDAP BERITAHU KAWAN
 20 Sept. 2001



menu
[laman utama]
[iqwanhabib][bits and pieces of me] [my room mate and my kids]
[selamat datang ke Terengganu][kampung halamanku]
[resepi Kak Wan][apa itu hidroponik?][petua hidroponik][ taman suri][motivation and inspiring quotes][corat coret][galeri foto][my favourite links][english corner ][laman seni]
[view my guestbook][sign my guestbook]







1