KEROPOK LEKOR 
 

BAHAN-BAHANNYA
  • 4 mangkuk iakan tamban atau selayang
  • 6 mangkuk tepung sagu
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • Air batu ikut kesesuaian adunan
CARA MEMBUATNYA
  • Bersihkan ikan
  • Asingkan tulang dan isinya
  • Mesinkan isi ikan sehingga hancur
  • Mesinkan sekali lagi dan campurkan air batu
  • Masukkan tepung sagu
  • Pastikan adunan tadi tidak terlalu lembik atau keras
  • Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
  • Panaskan air hingga mendidih
  • Masukkan keropok lekor
  • Angkat setelah ia timbul dipermukaan air

 
TIPS
  • Sukat dengan menggunakan mangkuk yang sama
  • Tambahkan isi ikan dan tepung sagu jika adunan lembik
  • Tambahkan air batu jika adunan terkeras
  • Keropok ini boleh dimakan selepas direbus, distim atau digoreng
  • Untuk disimpan lama, masukkan keropok ke dalam bekas logam seperti periuk kecil atau bekas tupperware dan dimasukkan ke dalam peti sejuk
  • Jika hendak dimakan, keluarkan dan basuh dengan air panas mendidih sebelum digoreng

 
CILI CICAH 
(S0S)
KEROPOK LEKOR

 BAHAN-BAHANNYA

  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 2 mangkuk cili kering yang siap dimesin
  • 1 mangkuk gula pasir
  • 4 keping gula kabung atau gula merah
CARA MEMBUATNYA
  • Campurkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas
  • Masak sehingga sos cili mendidih dan likat / pekat
  • Untuk sos yang pedas kurangkan gula pasir atau gula kabung 


 SELAMAT MENCUBA
KALAU TAK SEDAP BERITAHU KAK WAN
tapi
KALAU SEDAP BERITAHU KAWAN
 




menu
[laman utama]
[iqwanhabib][bits and pieces of me] [my room mate and my kids]
[selamat datang ke Terengganu][kampung halamanku]
[resepi Kak Wan][apa itu hidroponik?][petua hidroponik][ taman suri][motivation and inspiring quotes][corat coret][galeri foto][my favourite links][english corner ][laman seni]
[view my guestbook][sign my guestbook]


  1