MAKARONI BAKAR
BAHAN-BAHAN
  • 150 g makaroni
  • 150 g daging ayam - dipotong dadu
  • 150 g sayur campur
  • 15 biji cendawan butang - di belah setengah
BAHAN-BAHAN A :
  • 4 sudu besar majerin
  • 1 sudu besar bawang putih - dicincang
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar stok ayam
  • 1 keping kiub ayam
  • 1/8 sudu teh lada sulah 
BAHAN-BAHAN B :
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar bawang merah - dicincang
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada sulah
BAHAN-BAHAN C :
  • 2 biji telur - dipukul sedikit
  • 3 sudu besar keju parut
CARA MEMBUATNYA
  • Masak makaroni di dalam periuk air mendidih (Air setengah periuk dicampur 1 sudu teh garam dan 2 sudu besar minyak)
  • Masak hingga makaroni menjadi lembut, keluar dan toskan.
  • Cuci dengan air hingga sejuk
  • Toskan hingga kering
BAHAN-BAHAN A:
  • Cairkan majerin di kuali, tumis bawang putih hingga wangi
  • Masukkan bawang besar dan tepung gandum, goreng hingga wangi
  • Masukkan stok ayam sedikit demi sedikit hingga habis
  • Kacau hingga licin, masukkan kiub ayam dan lada sulah
  • Keluarkan dan sejukkan sebentar
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah , cincang dan masukkan cendawan butang
  • Kacau hingga rata
  • Masukkan sayur campur, serbuk perasa, garam dan lada sulah
  • Campurkan A,B, makaroni dan telur yang telah dipukul hingga sebati
  • Tuangkan campuran ke dalam kaserol yang telah disapu dengan majerin.
  • Bubuh keju parut di atasnya
  • Bakar dengan suhu 150 C hingga keju menjadi perang
  • Keluarkan dan hidangkan panas-panas.


 
 Nota: 
Sesuai untuk makan tengah hari atau malam.
Amat sedap dan berkhasiat dan boleh dihidangkan sebagai hidangan lengkap


 SELAMAT MENCUBA
KALAU TAK SEDAP BERITAHU KAK WAN
tapi
KALAU SEDAP BERITAHU KAWAN
 


Resipi Kak Wan



menu
[laman utama]
[iqwanhabib][bits and pieces of me] [my room mate and my kids]
[selamat datang ke Terengganu][kampung halamanku]
[resepi Kak Wan][apa itu hidroponik?][petua hidroponik][ taman suri][motivation and inspiring quotes][corat coret][galeri foto][my favourite links][english corner ][laman seni]
[view my guestbook][sign my guestbook]


1